Monday, March 10, 2014

PIALA TA 45 CUP ENDURO CHALLENGE


Lama tak hantar posting ke Cik BY. Cik BY pun sama gak, senyap jea…

Cik BY kali ni aku gi tengok motorcross event. Mesti kau orang tertanya apa kaitan aku and motorcross. Untuk pengetahuan group…. aku and adik aku Man and sorang share partner baru, Ally dah buka kedai motorcross dekat Sri Rampai, KL.  Kedai tu nama “APC GARAGE Parts & Accessories”.  Nanti aku story lain and bagi gambar semua macamana semua bermula.


Back to story tadi, adik aku buka booth kat event motorcross tu, since dah event tu dekat Pahang tak da sebab aku tak gi melawat and bagi moral support….. and bawak Gulai tempoyak Ikan patin sekali.


Event tu diadakan dekat Taman Tasik Burung Mandi, Kemahang, Lipis. Waktu sampai tu punyalah jauh masuk ke dalam. Nak tahu jalan kau ikut tu betul atau tidak tengok pada habuk yang melekat ditepi-tepi jalan maknanya betullah jalan kau tu.
Deruman motocross memang hingar bingar lah. Event tu 2 hari, sabtu dan ahad. Tapi hari Jumaat orang dah berkampung kat sana. Siap bawak anak bini lagi berkhemah….dengan Hilux, Triton….Memang best bila satu keluarga datang beri sokongan …mungkin anak and ayah masuk race kot…Hari Ahad tu penyampaian hadiah semua oleh Tengku Mahkota, tak sangka Tengku main motorcross….Aku tengok gambar kat backdrop….Hari sabtu tu kira lumba saringan. Aku story berdasarkan apa info yang aku dapat kalau tak betul tu maaflah ya. Dengar kata ada 2 orang pompuan masuk race and campur dengan lelaki…wow!..Aku tak nampak pun.. sebab cam mana nak bezakan bila dah pakai suit and helmet penuh. Tapi bagus gak bila orang tak dapat bezakan..tak da lah pulak jadi gentlemen  bagi laluan …ladies first….:)…

Aku tak tengok semua race sebab aku gi pun hari sabtu jea. Sempat tengok 2 race jea, sebab anak aku yg pompuan tu dah nangis-nangis sebab panas, habuk lagi..kena lak panjat bukit ….spoil..spoil..Yang adik dia excited sangat dengan motor..kalau boleh nak duduk atas trek…dok mengekor dia lah takut gak kot motor terbabas…bagi dia puas tengok. Ni kita orang tengah berangan nak dapatkan motrcross yang kecil tu satu and satu yang besar sikit untuk aku he..he..he…


Memang syok lah Cik BY tengok race tu, nak pulak waktu start race..maca-macam ragam motor tak hidup, acciedent…aku sempat lah merakam video…anak aku dok menonton tiap malam..suka sangat depa tengok……Kalau lah aku ada digital camera memang syok ambil gambar dekat….boleh rasa cam na perasaan dia orang race..adrenalin kata orang…kalau hujan aku tak tahu lah camna rupa dia orang tu jadi terra cota wariorr lah jawabnya.




Ok lah Cik BY aku chow dulu…
P/s Cik BY  aku nak panjat Gunung bulan March ni ….dah 13 tahun rasanya tak panjat gunung and best thing aku bawak anak aku yang lelaki tu for the first time…. see how the result in next posting….:)…And sessi training aku ialah memanjat tebing Sungai Pahang.

Nota Cik BY : maaf ye Ita, lambat publish entry ni. Rasa2nya nak kena tukar komputer dan line internet baru ni. hahaha...tapi kena tunggu Cik BY balik dari Korea la.. Ha, sal Korea ni, nanti bulan April kita cerita...

Wednesday, October 30, 2013

Kinabalu lagi...

Sedang aku mengadap kerja yang mancam never ending story dan hikayat seribu satu malam ni , tetiba phone aku ni vibrate…tengok nombor 04…ni tak lain tak bukan …….
“ Allo…Allo  itu …Rozita ka?!”…kata si empunya suara setelah dah merepek dua tiga line tiga line..tak kasi  pun aku bersuara…
“Abah kalau kau ubah jadi Benggali roti pun aku boleh kenal..”……
Ha..ha..ha….pecah gelak ketawa……….
“amboi..dia!(dalam loghat Kedah)”…tulah trade mark Abah…
Ni share sikitlah pasal conversation kita orang….tentang ”Kinabalu”……………he..he..he..he..topik kita semua dari zaman bujang…sampai dah beranak pinak pun topik yang sama..Kinabalu.

Kau ingat tak cita-cita kita yang paling agung dan tidak terlaksana masa final year……”Gunung Kinabalu”…Tragik kan?..masalah duit..masalah grad berbeza dan lebih-lebih lagi masing-masing bawa haluan masing-masing…tak contact balik pun nak laksanakan cita-cita kita bersama. Semua terus struggle cari kerja dalam keadaan ekonomi yang teruk, nak cover balik duit belajar. Nak cari tempat untuk hidup.
Yang pasti adalah sorang dah pergi sana…...yang 12 orang lagi berkubur…..entah pergi sana ke tidak…tapi aku boleh lea jadi orang yang kedua kot sebab beg purple trade mark group kita tu and segala equipment camping aku dah sampai sana 2 kali…tuannya belum lagi….kira ada lea improvement sikit dari kau orang semua…..:)
Ni cam na kakak aku dah panjat Gunung Kinabalu dua kali dan lagi sorang pun dah pergi sana dan semua gunung yang kita pergi dulu tu, dia sapu jadi tempat training jea…..huh! tercabar …..ni sapa yang minat camping at the first place.….?!$&#&*%*&^&*
So kata Abah dia nak bawa anak dia as reward kalau dapat 5A UPSR… Apa ke susahnye hadiah Abah oiiiiii…..Orang lain bawak pi beli basikal ka..pi cuti ka... Kalau porter kat situ ada package angkat orang bolehlah…..aku confirm sign-up….. Moga anak Abah dapat result yang bagus… Amin………..Kalau tak pun Abah kena berbangga gak sebab dah membentuk Iffan dengan akhlak yang baik…itu lebih berharga dari segalanya..
***Sorry posting ni keluar lewat, anak Abah pun dah dapat result….simpan ya Bah hadiah tu untuk PMR lak..Story ni aku karang masa kat KL, so sekarang ni tengah clean up stories yang tak keluar.

Ni aku nak share gambar-gambar kebun aku masa mula-mula balik kampung. Aku kasi intro dulu nanti kau jangan terkejut hasil nya nanti. Ada gambar before and after. Tapi ada gambar lagi current aku simpan next posting. Kau orang sure terkejutnya dengan hasil tanaman aku.

**Hmmm...Ita, seronok berkebun kan? Tak rugi berbudi pada tanah.
Pasal Kinabalu tu, bagi Cik BY sendiri, masih berangan-angan juga nak ke sana. Tunggulah, kalau diaorang dah bina cable car macam kat Genting tu, mungkin Cik BY akan sampai juga ke puncaknya. hehehe...


Tuesday, October 15, 2013

Melawat industri kampung



Cik BY lupa nak story yang aku ada kongsi sikit business dengan adik aku buka kedai accessories motorcross and dengan kakak aku lak aku kongsi buat perusahaan barut. Adik aku ada masuk tv dalam program nasi lemak kopi o and kakak aku lak ada masuk program gigih tu. Dapat hadiah saguhati. Next posting aku share kan video and stories.
But petang ni aku nak story pasal visit aku perusahaan-perusahaan yang diusahakan oleh sepupu aku and salah seorang penduduk kampung kat tempat aku.
Sepupu aku ni dia usahakan cendawan. Aku panggil di Ja. Kecik molek orang nya. Lama dah aku dapat story dia usahakan cendawan tapi aku belum ada masa nak gi jenguk. Bukan apa, macam tak caya…bila dah kerja makan gaji terjun ke bidang kerja sendiri…sure lah interesting. Bukan apa, bila ada geng yang dalam bidang kerja sendiri ni kita rasa seronok nak dengar pengalaman depa. Apa cabaran? Macam mana boleh mula? Modal macam mana? Banyak lah yang boleh di kongsi nasihat. Ni aku ada ambil gambar.



Perusahaan yang kedua ni secara kebetulan jea.…Al-kisahnya petang tu balik kerja ..”Moh kita gi makan durian. Pak Ngah ajak sekeluarga”….he..he..he…durian free apa lagi. 
Anak-anak aku biasalah nak duduk belakang. Teringat lak masa kecik dulu,  kalau naik lori mesti nak duduk belakang…berdiri pegang pagar. Bila kena tang selekoh riuh rendah masing-masing…tapi la ni aku tak buat lah macam tu…aku duduk diam-diam tengok anak-anak aku..kalau tak buruk benar.
Petang tu memang jenuh makan durian. Pak Ngah lak buat style buffet. Makan..makan and makan…Mak surrender last-last…tak sampai dua biji pun makan, perut dah tak leh terima. Dengan muka tak malu siap tapau bawak balik lagi….dah Pak Ngah suruh bawa balik…tak baik tolak rezeki kan.?
Ni nak cerita pasal business yang Pak Ngah buat. Pak Ngah ni dia supply dodol kat kedai kitaorang so tu yang dia menjemput mana-mana yang kenal untuk makan free. Sebelum kita orang, ada group dari JPJ..
Pak Ngah menggunakan teknologi gak lah, banyak tenaga and masa dapat jimat. Masa kita orang datang tu kebetulan pulak dia tengah masak dodol. Ambil  a few shot untuk tatapan kau orang. So bayang kan kalau dulu guna tangan masak dodol, aku rasa ramai yang tak bertahan nk menjual dodol. Bila guna teknologi ni, dodol tu di kacau oleh mesin. Sambil tu boleh tinggalkan and buat kerja lain…macam melayan kita orang makan durian …J
Kedua-dua perusahaan ni semua dalam kawasan pagar rumah jea. Memang tak da alasan untuk kita tak mula berniaga. Macam tempat aku kerja sekrang ni pun dalam pagar rumah juga, tapi aku tak ready nak share lagi story buat masa ni. Nanti lah ada dia punya own story.


 



Ada lagi perusahaan lain Cik BY, tapi tak sempat lah Cik BY. Kalu ada masa nanti kita share. Kat sini boleh kata ramai yang kerja sendiri, so banyak lah idea-idea perniagaan yang boleh di kongsi. Sebab tu lah aku pilih duduk sini. Bak kata kalau nak meniaga kena lah duduk dalam orang meniaga, kalau tak kita rasa alone, tak rasa alive nak explore, adventure, trill….lagi satu nak belajar.
Lagi best kat sini orang pakai Hilux, Triton and Ford Ranger…gaya maskulin and lasak…on the road memang dia orang concurred tapi jangan terkejut Cik BY, nampak kenderaan brutal gile, dengan tayar besar, cermin gelap….. tapi yang turun Cik Kiah, Cik Bedah, Mak Temah…… terkejut mak tengok kekadang tu.
Ok lah Cik BY stop lah dulu. Nak berkebun lak. Nanti nak share gambar kebun sayur aku. Jangan terkejut Cik BY, carrot pun hidup kat belakang rumah aku.

Sunday, September 22, 2013

Short Visit

Cik BY ingat tak aku nak sambung story camna aku jadi superman cium jalan tar depan rumah.?
Ceritanya… Pagi tu kekawan dari KL nak datang..aku pun apa lagi..kalau tetamu datang mula lah nak masak macam-macam…menu aku ari tu gulai patin masak tempoyak, talapia masak merah, patin bakar and pais patin bakar. Lain-lain side menu ikan masin goreng kering dengan bunga kantan, petai dengan tempoyak dan air …ni pasti buat orang meleleh….air kelapa bancuh dengan gula sikit, isi ais ..dan air lain ialah sunquick oren…menu ni bukan untuk  10 orang datang tapi cuma dua orang jea…J.! Seronok punya pasal sebab member selalu cakap..”You can cook ma?!”…time to show proof…!

Pagi tu nak jadi cerita, nak lea kasi makan ikan fresh from the river…bahan dah siap sedia cuma nak campak ikan jea dalam gulai…so pergi lea naik motor dengan laki aku cari ikan…anak aku tu lak nak follow dengan basikal…larang punya larang tak makan saman..follow gak dengan basikal…dah borong lima ekor ikan ..nak balik tu laki aku dan anak buat unsafe act…aku dah kabor jangan..jangan..dan jangan…..! Dan apa lagi, sampai pagar depan rumah dua-dua beranak ni tengok belakang nak cross jalan, yalah tak da side mirror..aku jea yang pandang depan….sedang aku nak cakap…”Aaaaa…”….tayar dah berselisih depan dan belakang….so apa lagi…motor aku wegang lah kan….nasib aku jatuh atas laki aku….tangan kanan aku seliuh…laki aku lak, muka cam pakai blusher…. nasib anak aku ok…Cuma dalam keadaan terkejut…..tercegat berdiri tepi jalan.

Lepas kejadian tu dah tak da lagi anak aku nak berbasikal kat atas jalan lagi….selesai masalah aku yang selama ni dok melarang dia sampai nak kering tekak. Tapi lesson tu dia belajar dari the hard way and aku lak terpaksa pay dengan tangan yang tak terpeleot.

Sedang elok dapat rawatan dari klinik member dari KL pun sampai…hmmmmm apa menu pun tak siap...
Pick-up depa dekat KFC Temerloh…follow bawak ke rumah…..dalam hati aku mesti depa cakap ….”Where the hell….%$&*^&^%!!”…he..he..he…kalau tak biasa memang lah rasa jauh...

Sebelum tu aku tipu depa.. kata yang nak ke rumah aku kena naik bot..…tapi rasa cam tak sanggup lak nak kenakan…sure dia orang curse aku sepanjang perjalanan….nak pulak nanti bila naik bot penambang mintak life jaket. Mesti pak cik bawak bot tu pun kata..”ni lah kalau orang Bandar masuk kampung” ..
Sebelum datang..mika tanya “ what do you want?”….”I want lexus in front of my house”…he..he..”No way!”…But akhirnya sampai gak lexus depan rumah aku..…

Disebabkan tangan aku tak leh bergerak…so terpaksa depa masak untuk aku….campak-campak lah ikan dalam bahan yang dah siap. 

Petang tu enjoy gile…mengilai gelak lebih-lebih lagi bila ikan bakar dah jadi well done sebab dok leka update stories masing-masing....

Thank you for the short visit, do bring the whole office next time. …….

Here are the happy faces with the yummy food...




Tuesday, July 16, 2013

SHORT VISIT TO SUNGAI LEMBING

 Cik BY ni posting aku, pendek jea..just nak inform yg aku dah pergi Sungai Lembing. Masuk terowong bijih timah yang tengah hot promosi di pasaran. Anak aku yg dok bising nak gi sana. Lagi tak pergi lagi tu lah telinga aku dok mendengar desakan nak gi sana. Aku pun nak gak ke sana, lebih-lebih lagi bila tengok tv tu cam best jea..Elderado….

Jadual aku kekadang tak menentu, tak membolehkan bergerak sesuka hati. Dek kerana tangguh nak gi beberapa kali, last minute gi gak lah walaupun trip tu bertolak dalam kul 12 tengahari. Sampai sana pun dah kul 2 . Cuaca memang panazzz.

Aku pun apa lagi dok snap gambar lea….First sekali nak gi muzium dia..tapi bila tengok muzium dia atas bukit dan nak kena menapak ke atas dalam cuaca panas, Mak pikir dua kali lah..so decide untuk terus naik ke atas pergi ke kawasan lombong. Sampai depan pintu tanya betul ke ni tempatnya yang naik keretapi masuk lombong. Ya betul. Bayaran masuk RM 46 gitu untuk 2 kanak-kanak and 2 dewasa.

 Anak –anak aku pun berlari-lari lah bila guide tu kata naik keretapi..excited beb nak masuk lombong naik keretapi…sakan lah bergambar atas keretapi semua…guide tu pun kata..”ok ambil gambar,…ambil dia nya feel duluu..”…bila keretapi nak gerak tu memang teruja beb…tapi teruja aku tu tak bertahan walaupun satu minit…tiba-tiba guide tu kata…”ok kita turun kita kena jalan sikit”…aku pun ok jea..ingatkan lepas tengok situ perjalanan akan diteruskan dengan naik keretapi lagi…rupa-rupanya……”ok kita teruskan perjalanan dengan jalan kaki selama lebih kurang sejam..” Aku masa tu abih control dah  muka nak membayangkan berjalan dlm lombong selama sejam….

Namun begitu sebenarnya not so bad gak jalan kaki…lalu dalam trowong tu sejuk cam duduk dlm peti ais.Tips aku pakai lah proper shoes nak gi sini. Aku lak pakai kasut aladin ingatkan trip santai rupanya leh tahan gak kaki seluar aku basah seret air.

Sepanjang trip ke situ family aku diberikan seorang  guide yang menceritakan sejarah Sungai Lembing, sepanjang perjalanan …memang menarik. So sejam perjalanan tu tak membosankan langsung..walaupun duduk dalam lombong.

Yang menariknya ialah tentang terowong satu juta..teruja gile dengar story…agak-agaknya sapalah yang dapat satu juta tu ya…nak tahu tentang menarik nya cerita trowong satu juta tu kena lea gi sana.

Antara lain yang menarik ialah kedalaman trowong tu adalah lebih tinggi dari KLCC..wow!....dan keluasan setiap level lombong itu jika disatukan ia menjadi lombong yang terbesar di dunia..double the wow!..lagi triple wow..Ia menang tempat kedua untuk satu pertandingan di Arab Saudi ke Dubai ka…aku tak ingat…wow!wow and wow!

On the way balik kita orang singgah di Air Terjun Sungai Pandan atau Air terjun Panching. Air memang tak memberangsangkan langsung,….maklumlah Berkelah sentiasa di hati kan..

Perjalanan ke sana cukup senang..drive terus sampai exit Kuantan..belok kanan..terus jea ke Sungai Lembing. Jangan risau, signboard banyak.

Aku plan ke sana lagi, nak gi Air Terjun Pelangi lak. Sebab tengok ramai gak campers yang menginap motel kat sana..tu mesti gi air terjun pelangi tu. Tapi tengok lah camna.

Ok lah Cik BY..ni gambar untuk tatapan...







Tuesday, June 25, 2013

NEW LOCATION

Cik BY ni posting aku yang dijanjikan…ari tu aku cakap posting aku akan keluar dari location lain..ni dia posting nya…new location..next to Sungai Pahang. 
Makan masa gak nak ambil lajak nak menulis posting…last hantar Februari..ni dah bulan June..Tak pa lah posting dulu pun baru keluar.
Semalam aku sambut birthday yang ke 39 tahun…hu.hu lagi setahun 40…….aku pun terkejut anak-anak aku siap belikan topi , wisel & belon…so menyambut lah birthday aku bawah pokok beramai-ramai…
Aku nak story apa ya…tak tahu nak cerita lagu mana…..eh! lupa lak tak leh cakap Kedah, tu Abah punye… aku dah jadi orang Pahang…jadi koi lah kan…kome ..rodong….Perubahan bahasa lah amat ketara dan membuatkan aku suka bila dengar dia orang ni bercakap…Aku lak tak berapa nak pekat , kalau tak duduk dalam orang Pahang sendiri aku tak reti nak gunakan loghat atau dialect.  Anak-anak aku yang belum ada loghat mana-mana lagi yang nak membuat aku nak tergelak..…...Yang  Syiqah kena soal dengan saudara mara..”Awok dah dapat rodong kat sekolah..?”……dengan selamba ..”Rodong tu apa?”…J…yang Daniel lak “Mama kat sekolah kawan-kawan Hafiz semua suka cakap perkataan “koi”..orang tu cakap koi..orang ni cakap koi….suka betul dia orang cakap koi..…..Koi tu apa?”…Ha…ha..ha…banyak lah anak aku kena belajar….Kalau kita yang tak agung kan dan meneruskna loghat bahasa, sapa lagi yang nak continue kan?
Perubahan pada aku lak…..fizikalnya aku dah kurus….mesti kau orang tak percaya….tak perlu diet..tak perlu senaman…kurus jea….Mesti kau orang tak percaya punye. Mana tak nya, tak da lah nak makan-makan cam dulu lagi. Sebut jea ada tempat makan best meluru semua buat trip..tu baru trip sendiri..belum lagi trip orang belanja and trip belanja diri sendiri.. Ni bila kena masak sendiri ni secara automatic mesti kurang nya, tambah lagi bila badan letih….rasa minum air pun dah cukup. Lebih-lebih lagi aku teruja sangat berkebun petang-petang, memang peluh mencurah-curah. Bagi kawan-kawan aku yang suka buat exercise walking belakang office tu rentikan lah…J. Meh! Pegang cangkul berkebun…kalau rasa tak da tanah tu…rasanya  DBKL banyak nak pakai pekerja landscape….He..he..he..jangan marah..

Nanti lah aku bagi gambar kebun aku.. Pokok baru jea nak naik. Masa balik Febuary ari tu disambut dengan hujan memanjang tak henti-henti…depan rumah pun dah cam trek 4WD. Baju nak pakai pun habis. Nasib rumah ada stor, penuh kain basah. Masuk bulan kedua March..panas terik sebulan..pehh! dugaan betul masa tu. Tak tahan mak oiii..panas lain macam. Pertengahan April baru lah cuaca stabil..so baru lah boleh berkebun..ni baru nak naik tunas. Aku dah merasa tanaman kankung hasil titik peluh aku…seronok gila walupun aku sorang jea yang makan.
Ni petang-petang duduk menghayati pokok terung aku yang dah membuahkan hasil. Kagum gile aku tengok. Anak aku lagi lah. Bukan panggil pokok terung. Pokok purple. Apa-apalah janji kau orang enjoy zaman kecik kau orang seperti masa Mama kecik-kecik dulu. At least tak too late for me to give you all the experience how wouderful it is growing-up in Kampung.  Kalau dulu duduk KL ia jadi Bedtime stories jea…sekrang kau orang experience lah sendiri.   Yang Daniel pagi petang naik basikal, macam jakun..letih aku tengok.
Perubahan kerja memang aku takda lagi cut-off date, meeting dateline, stayback. Sampai kalau boleh tak mau pegang computer tapi mana boleh kan..mesti kena gak walau macam mana sekali business tu. Sampai kekadang bila kekawan ex-office call   “ni kul berapa dah ni…Napa kau orang ada kat Office lagi…?”…Tu soalan boleh bikin panasssss…
Ada lagi panas “Kenapa ada bunyi hon?”…”I’m stuck in traffic jammed”…… ..” Ooo..ya ke!..The only traffic jammed that I have here, because of the traffic light turning red.”…..Rileks brother..brother rileks…J
Well aku stop dulu lah Cik BY….sebenarnya aku baru jadi Superman mencium jalan batu tar depan rumah aku….…ikan patin aku terpelanting,  selipar tinggal sebelah kat kaki, … handphone,  purse aku pun aku tak tahu terbang ke mana masa tu….kebetulan lak nak terima visitors ari tu…ingat nak masak lah kan…last-last orang masak untuk aku…tunggu lah next posting aku sambung what happened.





Thursday, May 2, 2013

Ita balik kampung

AKU BEHENTI KERJA..
Cik BY ni posting terakhir aku berada di K,L selepas ni posting aku akan keluar dari lokasi yang lain. Mesti kau orang tertanya manalah Ita ni nak pergi. Kau orang jangan tanya aku ke mana…..tapi tunggulah posting aku seterusnya ke mana destinasi  adventure aku seterusnya.

FYI aku dah berhenti kerja………….yahoooo..feel so good…walaupun aku tak tahu ke mana arahnya masa depan aku tapi keputusan aku untuk berhenti kerja & move on with  my life at another place tu aku respect sangat…mungkin kau orang cakap …apalah Ita ni respect diri sendiri…….tapi apa yang aku dah lalui sepanjang tinggal di KL hanya Allah jea yang tahu…..terima kasih pada sahabat-sahabat  yang sentiasa memberi aku semangat untuk terus bertahan until “the right time to exit”.The best parts is…no more “FYA”..FYA..”FYA” .. …and sometimes…”KINDLY ASSIST”….”KINDLY HELP”. Somehow pada aku sama jea…action item..action item and more action item………Huhu! no more. no more reports, no more dateline, no more closing…..:)....no nothing….I’m  freeeeeee….And also the “how” things………. how to act, how to talk, how to dress up, how to lead……all the “how” things….Cik BY make sure posting ni keluar selepas 1hb Febuari sebab….he..he..he..…..nak cakap tu kena gak tahu rules & regulation and also the T & C….Tak juga lupa the “no no” things…..he..he..he…..ni tak leh di list down…

Sekarang aku boleh rasa free dari quote of the decade……..”PEOPLE ARE QUEUING OUTSIDE THERE LOOKING FOR JOB”……and bila aku tender surat…”I  thought I can work out something for you”….”No you cannot”….….. and pada masa tu aku wondering  what happen to  the people who are queuing outside there?..The best parts is the “gossip” and the “rumors”….’Why ha.. Ita resign!?”…kalau dulu masa sekolah panggil mainan “telepon buruk” ka…/?...Aku menjawab sejujurnya…”aku balik kampong”…somehow jawapan jujur aku tu tak di anggap menjawab soalan langsung….and soalan yang ada jawapan untuk di pilih A, B &C  lah yang paling best….so aku boleh guess lah what are the hottest gossip topic to talk during lunch hour ….antara jawapan A, B & C :
1.Better offer…
2.Pergi competitor…
3.Workload banyak…
4.Paling best aku gaduh…mentang-mentang aku pernah gaduh sekali tak bermakna aku kaki gaduh selamanya …aku pun tau learn my lesson….
5.Aku buka business sendiri…banyak benar duit aku..
6.Ita dah ada rumah sendiri kat kampong,…..nasib depa tak cakap aku dah beli bunglow kat kampong..
7.Ita nak buka farm sendiri…bela ayam organic …eat organic food…he..he..he…
8.Yg last ni Ainul create..Ita buka company oil & gas sendiri..…iaitu menjual tong gas…ha..ha..ha…

Tapi semua andaian tu semua baik-baik belaka tak da yang aku ambil buruk atau sebagai nya, …aku tahu semua mendoakan aku yang terbaik untuk masa hadapan….semua orang happy…aku pun happy untuk pergi….of course lah boss aku yang tak happy, sapa nak buat kerja ni…Sorry lah boss, cannot do the “assist thing” things anymore…..dengan usia boss yang masih muda dan aggressive “boss boleh!”…

Tepat jam 8.30 malam Jumaat aku serah access card…sayu beb…lama kerja situ…tinggalkan kawan-kawan. Banyak kenangan pahit manis. Lepas ni aku cakap koi jea lah…tak da nak speaking-speaking terpleot lidah. So jumpa lagi lah kawan-kawan semua…next posting aku akan share gambar aku kat kampung…ni aku share gambar dengan team Finance and hadiah dengan card dari kawan-kawan ..team aku tinggal sorang jea…so camna nak bergambar….next time aku drop jap , boleh kita bergambor…






 Note: Ita, sorry lah sebab lama simpan posting kau ni. Masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Tapi semua dah kembali seperti sedia kala. Jadi, kongsi lagi banyak2 cerita tau. we miss you dearly... Cik BY

Sunday, July 22, 2012

GO-KART – SUNWAY LAGOON- MINI GRAND PRIX

Pada bulan lepas, Sports & Social Club office aku anjurkan Mini Grand Prix Go-Kart dekat Sunway Lagoon. Posting keluar lambat sebab makcik kemalasan…dok mengadap buku ada 2 lagi tak berbaca….
Sebelum tu nak ucapkan tanhiah pada Sabz & Seni yang baru menimang cahayamata baru lelaki…. Tahniah…!!!! Moga panjang umur dan murah rezeki…..aku belum sempat nak melawat lagi…
Pada mulanya aku tak dapat nak join kerana nak attend kenduri kat Kuantan. Cadangnya nak bercuti sekalilah. Kecewa gak tak dapat join aktiviti tu. Entah macam mana kalau dah hati nak pergi tu kan mesti jadi gak. Nak dijadikan cerita hotel di Kuantan fully booked. Entah apa acara ada kat sana pun tak tahu.
So aku join gak aktiviti Go-Kart tu memandangkan ada tempat kosong kerana ada perserta yang menarik diri last minute. Biasalah aktiviti pagi …makan dulu…pekena nasi Dagang dengan kakak aku kat Pantai Dalam..

Package MINI GRAND PRIX PACKAGE yang kitaorang ambil berharga RM60 seorang, min 15 orang. Yang aku merasa main ialah masa training dengan race yang memula tu jea lah. Kira sapa yang dapat ke final yang dapat main lama. Kesemua sekali race ni memakan masa dalam 2 jam  gitu.
Memang best gile ride benda tu….bila time corner paling best…so kepada sesapa yang takleh memandu laju kat jalan raya tu ..bimbang keselamatn nyawa orang lain, so datanglah ke sini….rempit lea gile-gile…
Tapi paling best Sir lah…baru dalam test lap dah pecut gile-gile…aku pun terkejut….tapi yg tak adilnya …team mixed…sure lea kalah…..

Ada yang paddle terpatah, tercabut…..brek tak makan…macam-macam kalau dah sakan bermain …
FYI, kakak aku menang……sorry guys!

Lepas tu kitaorang pergi belasah buffet kat ATRIUM CAFÉ PYRAMID TOWER. Berharga RM60 seorang. Kira makanlah sampai lebam.

Balik rumah tengok muka Syiqah& Daniel monyok. Mama dah serba-salah. Tadi Mama sakan seronok main go-kart. Dah janji dengan depa nak mandi swimming pool. Daniel dah siap dengan snorkeling set hijau dia. Yang Syiqah dah hilang batang hidung, kembang-kempis kata mama tipu. Camna ni hotel tak dapat. Bincang punye bincang hari dah pukul 3 petang, nak check-in mana-mana pun rasa rugi. Last-last pack baju, mana-mana hotel yang jumpa tepi jalan ada swimming pool situ lea kita berhenti. Dalam kepala aku Selesa Hill Homes dekat Bukit Tinggi jealah yang terdekat. Aku tak pernah pergi situ, yang aku tahu lalu jea. Kalau tak dapat kat situ semua dah agreed untuk patah balik KL dan gi kolam DBKL dan makan-makan. Semua setuju janji dapat berenang.
Kalau takat bebudak ni Kolam DBKL pun jadi. Tapi maknya yang sebenarnya lelebih….Nak bawak gi sungai kang malas benar rasanya,,…nak mandi sungai kat KL ni…hmmmm..dulu mandi sungai, ada ka kulit ayam lalu….nasib kulit ayam….kalau yang tu…tuiiii!

PLEASE.. TOLONG LEA JAGA KEBERSIHAN SUNGAI….!

Sampai sana lebih kurang dalam 5.30 petang, kebetulan memang ada kosong. So disebabkan tempat tu bukan tempat percutian, lebih kepada tempat seminar dan kursus, memang tak da orang lah yang bother nak memenuhi swimming pool. So sakanlah anak-anak aku….dan aku sekali… 

Petang tu kakak aku datang..join sekali untuk bermalam di sana…happening!….Apalagi malam tu open table lah… acara makan-makan nak berlangsung…bila mencuba tempat baru ni yang bestnya dianye surprise...dapat makan bersila bawah bangsal…!.siap ada pagar lagi, so sapa yang ada anak-anak tak risaulah anak merayap ke apa…boleh makan dengan senang hati….Makanan dia pun sedap dan dengan harga yang berpatutan…..


Aku stop lea cerita dulu…ada aktiviti lagi nanti aku post….

Wednesday, June 13, 2012

Sepetang Bersama Andak...

Petang 1

“Minta maaf Andak, saya tak dapat tolong Andak….harap andak paham  …”

“Tak pa lah Cik..dah tolong anak-anak Andak ni pun, Andak dah besyukur, Andak paham….Andak dah tak da pa nak kat dunia ni…tengok anak dah ada orang jaga ni , dengan Andak macam ni, Andak hanya tunggu masa jea nak mati …Kadang hairan napa Tuhan tak ambil jea nyawa Andak ni….”

Suatu petang bersama abang aku di rumah lama kami membesar. Rumah itu, kini runtuh menyembah bumi, hanya tinggal beranda rumah tempat kami bermain sewaktu kecil dahulu…

Tersilap percaturan hidup menjadikan semua begini …


Petang 2

“Hujan lebat semalam Andak …atap ni bocor... Andak tidur macam mana semalam?”

“Tidur atas meja ni ha…semalam berladung air kat beranda ni…nak tidur bawah tak boleh…..naik atas meja …selimut tak da….baju lak basah…”…


Petang 3

“Tak boleh ke Andak berhenti…bukan untuk orang lain..tapi untuk anak-anak yang masih kecil tu…..saya tak sanggup nak menatap muka dia orang tu Andak…”

Tersenyap…

”Andak tahu…tapi benda ni nak kena ikhlas hati nak berhenti…kalau tak,...tak jadi..Andak akan ambik semula….Andak tak boleh duduk sini lagi kalau berhenti, kawan-kawan Andak ramai yang menagih, kalau Andak tak da duit sekali pun mereka datang bagi….benda ni tak senang nak berhenti…pergi lah ke pusat sekali pun, kalau hati tak kuat tak jadi….”

“Tak boleh ke Andak cuba”

“Bolehhh…Andak boleh berhenti sendiri tapi takut engkau orang yang tak sanggup tengok Andak nanti…”

Aku terdiam…


Petang 4

“Ayah boleh tak singgah kat rumah lama..nak tengok Andak lah…rasa kalau sampai KL tak tahu keadaan Andak rasa tak sedap”

 “Andak gi mana tadi?…cari tak da”..

“Kat kedai atas tu,. .cari duit, kot ada orang tercicir duit....ni jumpa dua ringgit!..” sambil menyapu duit yang sebahagiannya disaluti pasir selut…

Aku pandang ke langit sambil tangan cepat-cepat menguis air mata yang bertakung di kelopak mata…takut Syiqah & Daniel bertanya..”Kenapa Mama nangis?”


Petang 5

“Andak dah makan belum?”…

“Belum…dari semalam tak makan. Tak da apa nak dimakan, Minum air kosong ni je lah....”

“Pergi lah rumah Abah, takat Andak nak makan  Abah tak kisah..”

“Tak pa lah Cik. Anak-anak Andak dah lah menumpang rumah Abah, ni Andak lak nak menambahkan lagi beban orang tua tu . Biarlah Andak mati kering kat sini…”


Petang 6

“Andak saya datang ni ada hal sikit., harap Andak tak kecil hati..”…

“Cakap jea lah Cik, apa dia?”

“Saya nak Andak sain surat ni,… surat serah kuasa penjagaan Anak-anak andak pada Abah dan saya…..saya takut apa-apa berlaku pada Andak, nanti segala urusan nanti susah..”

Tanpa membaca abang aku terus menyain surat tersebut sambil berkata..

“Andak tak pernah bersangka buruk pada adik beradik…bior pun Andak macam ni..Andak rasa bertuah sebab adik-beradik tak pernah membuang Andak..”…

 
Petang 7
 
Petang tu aku habiskan masa bersama anak-anak Andak. Aku bawa mandi sungai. Mungkin sesuai untuk aku bertanya kan soalan….

“Mak ada datang melawat tak?”..

“ Semua orang yang Killa jumpa, semua tanya soalan yang sama!”…

Aku terus diam….forget about the answer!


Petang seterusnya…


Moga akan ada lagi masa yang terluang bersama Andak

Begitu tinggi harapan kami agar Andak akan sembuh suatu hari nanti. Moga Andak  dapat kesedaran yang begitu ramai mengharap & menunggu sekian lama untuk Andak kembali ke pangkuan keluarga dan hidup normal seperti insan lain…Moga Allah membuka jalan itu kepada Andak…. Amin..


****Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan & Maran atas bantuan kewangan yang diberikan. Dengan bantuan yang diberikan dapatlah anak-anak ini meneruskan hidup seperti insan yang lain.

Thanks a lot everyone…may Allah bless you all….

With lots of love

ITA…







Sunday, May 27, 2012

Sime Darby vs Kelantan



Dengan hanya satu sepakan penalti pada masa kedua, Kelantan menang 1 – 0. Walaupun pasukan aku kalah, pada aku, aku  tak pulang dengan hampa sebab pemain dah bermain dengan bersungguh-sungguh. Bukan senang nak mempertahankan  satu gol sahaja untuk Kelantan. Lagi pun Sime Darby boleh berbangga kerana kelab pertama sampai ke Final Piala FA  dan pemain terbaik datang dari pasukan Sime Darby.

Aku sebenarnya tak pernah masuk lagi stadium Bukit Jalil ni, dulu pergi pun berlegar kat luar jea tengok MAHA fair. Paling besar stadium pergi pun stadium Darul Makmur & Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tu pun tengok perlawanan persahabatan dan latihan cam tu jea. Kali ni sure lea aku tak lepaskan peluang lebih-lebih lagi nak menentang dan melihat penyokong-penyokong The Red Warior.

Disebabkan aku pun bertolak lambat akibat nya nasib lea duduk kat tangga jea lah….

Tapi sebelum pada tu, masa kat LRT lagi memang penyokong Kelantan menguasai jalan-jalan ke stadium …..disebabkan Sime Darby juga berwarna merah jadi cam confuse, ni penyokong mana…?...Tapi kalau merah campur oren tu confirmed Sime Darby.

Aku gi sana naik pengangkutan awam....parking kat Bangsar, naik LRT Putra, tukar Masjid Jamek, naik lak LRT Star ke Bukit Jalil.

Hmmmm… dah dekat 12 tahun tak pernah keluar bersama berdua, jadi naik confuse cara nak berjalan berdua, kejap kang  aku terkedepan sangat…kejap kang aku terkebelakang sangat…..ni lah antara simptom-simptom lepas berkahwin…

Berbalik cerita tadi, perasaan teruja itu bermula apabila pintu LRT STAR di Bukit Jalil dibuka. PEHHHHHH!...bunyi-bunyiannya…dengan rambut punk warna-warni…..muka celoreng….macam-macam  fesyen wig……topi……….LAGI WEIRD LAGI MERIAH….ha..ha..ha ...rasa macam nak pakai wig jea masa tu….

Nasib baik masa tu aku pakai jersey…kalau tidak rasanya cam tak masuk dengan kawasan yang sewaktu dengannya….

Yang bestnya tengah makan ada penyokong Kelantan tanya aku…”Kak ada tiket lebih tak Sime Darby bagi? Kawan saya ni tak lepas masuk, tiket orang lain pegang”……macam-macam……

Dari celah-celah stadium aku dah nampak 3 layer stadium tu dah dipenuhi penyokong The Red Warior….AKU TERUJAAAAAA….….







 Lepas masa rehat baru aku dapat tempat duduk sebab ada yg keluar. Mungkin dah tak tahan nak berasap dsbg. Ahhhh!..lega dapat duduk..so view pun lebih luas.

Aku rasa tiket dah dijual lebih dari kapasiti stadium sebab tak nampak langsung ruang tangga….. Atauuuu pagar bolos? penonton panjat pagar cam aku nampak tadi…..mana security?

Aku tak pasti samada tempat besolat di sediakan di dalam pagar stadium atau tidak sebab aku nampak masing-masing solat di tepi-tepi pagar…kalau kat luar tu aku boleh la nampak ada tempat solat, walaubagaimanapun ia suatu pemandangan yang cantik.


Paling best is masa buat ombak…aku tak berkesempatan nak bangun angkat tangan sebab dah atas tangga kan, nak bangun tu alahai susahnya lah….

Disebabkan aku duduk berhampiaran dengan mat-mat shaker yang bawak  gendang so dia nya perasaan semangat tu lagi lea naik…lebih-lebih lagi tengok adik-adik yang pakai wig tu menarik-nari ikut rentak…sambil semua orang meniup alat yg cam trompet tu…synchronize lak tu....last-last aku tengok diaorang main gendang..bukan tengok bola…ha..ha.ha…

Antara yang menyentuh hati aku bila lagu Negara ku diputarkan. Walaupun kau penyokong Kelantan ke, Sime Darby ke….semua berdiri dan menyanyi lagu NegaraKu bersama-sama…..Masa tu tangan kanan aku menekap ke dada sebelah kiri menyanyikan lagu NegaraKu….Aku touching gile lea masa tu…..tah apa-apa tah…..Mungkin aku terfikir bagaimana mungkin ada yang orang yang sanggup merosakkan dan menghina lagu NegaraKu sedangkan itu lah satu-satunya benda yang boleh buat Melayu, Cina, India, even Bangla sekali pun yang hadir dalam stadium tu  berdiri tegak dan menyanyi bersama-sama…
me, with a happy face..
Antara banner yang paling aku suka waktu penyokong pasukan The Red Warior merentang  banner Wau bulan…..so semua dalam stadium tertumpu ke sana….memang pemandangan yang cantik…

Baling mercun tu memang lah ada, cuma penonton booo lah masa tu tanda protest…………nasib lea masa gol tu aku duduk bawah platform. Bila gol jea Kelantan, orang di bahagian bawah dihujani dengan cawan plastic… botol mineral dan air batu. Kebetulan pula gol tu lepas waktu rehat, lagi lea banyak  barang yang boleh dibaling.

Dua minit sebelum masa penamat aku keluar stadium…tak rela bersesak dan tertinggal LRT.  Ingat nak dengar sorakan terakhir di stadium tu, tapi tak pa lah. Elok jea LRT bergerak aku nampak berduyun orang beratur di pintu LRT.

Sebelum aku menamat kan catatan untuk bulan ini, mungkin lambat lagi catatan lain. Aku sibuk nak closing and attend wedding pulak lepas ni. Mungkin akan ke Penang Jumaat ni. Ni aku ambil kata-kata dari Jurulatih Kelantan Bojan Hodak dan sedikit keratan akhbar keesokan hari nya….

“They (Sime Darby) put nine players in front of goal, they parked the bus in front of the box”


Tuesday, May 22, 2012

ATV Adventure to 7 tier water fall


Pada 12 Mei 2012, Sports & Social Club office aku telah mengadakan satu trip ke ATV Adventure Park, Kampung Kemesah. Tajuk trip : ATV Adventure to 7 tier water fall.

To find out more about this great place you can logon to : http://www.atvadventureparks.com.

Tak pernah aku siarkan logo club office akukan… so ni aku ada sertakan. Cantikkan.?

 
Sebelum tu nak tanya Cik BY. Mana sambungan cerita Bandung? Sekerat jalan nampak? Orang lain semua buat cerita penuh Cik BY buat drama bersiri lak. Mana aci….

Berbalik kepada trip tadi. Sebelum pergi aku nasihatkan lah sesiapa yang nak pergi sila baca rules & regulations supaya bila tiba di sana segala info kita telah dapat dan trip itu lebih bermanfaat.

Hanya peserta yang berumur 16 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan mengendalikan alat ini. So sesiapa yang dah terbawak anak kecil ke, masih berpeluang untuk enjoy di sini kerana terdapat kolam renang (sumber bekalan air bukit)  dan ruang santai disediakan oleh pemilik sementara menunggu ibu @ ayah melakukan aktiviti. Tetapi hendaklah di bawah pengawasan orang dewasa kerana kolamnya sesuai untuk orang dewasa sahaja. Cuma suggestion aku mungkin lebih menarik jika warna dasar kolam renang tu ditukar warna cerah supaya ramai yang lebih confident untuk turun ke dalam kolam tu….:)




Tak masuk lagi cerita betulnya ni. So pagi tu kitaorang berkumpul pukul 7.30 pagi di hadapan Zoo Negara, tapi sebelum tu aku & kakak aku pekena dulu nasi lemak kat Melawati, sebab AJK dah infom no food for breakfast only lunch. Ok lah juga dari kena makan sendiri bayar sendiri. Semua perserta on time….bagusss….Tanpa berlengah lagi kita orang bertolak ke camp.







Mungkin terlalu teruja kot kita orang sampai terlalu awal …tempat tu baru nak di setting. Bak kata tolong bukak kedai lah ni…..Setelah isi borang dan dengar taklimat…kitaorang pun ambik machine masing-masing….masa briefing tu hati aku dup..dap..dup..dap…boleh ke ni…ada gear lak tu….aku ni dah lama bawak auto…..belasahlah….So kita orang dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mengandungi 7 orang perserta setiap kumpulan…dan diberi latihan dalam camp cara mengendalikan ATV dan membuat beberapa lap sebelum dibawa ke destinasi yang dipilih…






Nak jadikan cerita akunya kenderaaan tu semput naik bukit…tak tahu lea aku yg berat atau machine tu yang dah dibelasah kaw-kaw…nasib masih dlm lap testing lagi….dapat tukar yang lain….Yang lawaknya aku asyik ingat cam bawak motor ..nak pulas minyak….jangan tak tahu AtV pakai ibujari nak press minyak…kekadang terturun lak kaki nak menongkat bila ATV tu dah menyenget ke bukit…

One thing yang aku suka dia melekat ke tanah..mencengkam..so kalau kau senget ke bukit dia tak akan terbalik…Cuma mungkin kita jea yang menggelongsor dari seat….

Trek dia mencabar gaklah bagi perserta yang first timer cam aku ni…..bukit first lagi aku dah tak lepas…ATV aku melekat dan meyenget ke bukit….so aku dengan muka selamba…”Bang nak buat apa ni bang?”..dengan kaki menongkat tanah cam bawak motor….”Tekan minyak kak..tekan minyak”…..….…Aku bukan apa takut nak tekan minyak kuat-kuat takut melambung….…dengan selut lagi….tapi nasib lea semua guide tu being very helpful and patience…..”mari saya tolong…Akak pegang handle depan ni…biar saya press minyak”…..aku dah cam orang dulu-dulu kalau naik basikal tua tu..kalau naik dengan ayah atau abang kena duduk depan atas palang..pegang handle depan tu….cam tulah…...sekali Adik tu press minyak kuat-kuat….cam gilelah ATV tu pergi…. peh! aku pun apalagi …..”WUHUUUUUUUUUUUUUU”………..alamak terkeluarlah pulak…….

Mula–mula nak get use to it memang susah sikit tapi lepas jea setengah jam bawak….ha..ha..ha…sendiri mau ingat lea kan ….tapi in group kena lea be considerate kan….jarakkan perjalanan anda supaya tiada kecederaan berlaku…”Safety come first!”



So dah ride dlm sejam lebih kot kitaorang sampai ke destinasi iaitu air terjun 7 tingkat tu….aku apalagi….”Airrrrrrrrrr…….” bukan air minum tu tapi sungai tu…..teruja…teruja ….apalagi mandi lea……dah tua-tua nak mandi cam budak kecik….so aku kira apa yang penting....”…Kenangan tu aku punya…so enjoy! ”Dah dekat sejam tunggu group kedua tak sampai-sampai….tapi takpa lea…banyak masa boleh aku mandi……Aku jea ke yang mandi?!.....Q@Q@#$%@#$#&^%.....Tak best!….so mula lea menggoda perserta-perserta lain to join…!





Lepas dah lepak dalam setengah jam, group kedua pun sampai….Tak lama lepas tu kitaorang head back ke camp semula…..Laaaa…awat cepat sangat sampai!.....Lepas tu kitaorang heading ke Jaya Jusco AU untuk makan lunch di Kenny Rogers….



 
Sebelum aku nak tutup cerita….cuma kat sini aku nak komen lea sikit pada sesiapa yang nak masuk hutan tu pakai le proper clothing…..especially girls (bukan group aku).…malas lea nak komen lelebih ….hormat sikit lea pada alam....kalau tak biasa masuk hutan..jangan masuk....get knowledge dulu lea tentangh utan…kalau dah masuk kawasan orang tu….what do you expect…pacat baru nak nganga…belum lagi gigit…..kena cucuh…kejam weiii…….tu tempat tinggal diaorang..kita yang masuk dan ceroboh…so respect sesame lea…..

Sini aku bagi lea tips sikit cara yang paling mudah dan senang nak tanggalkan pacat pada kaki….sebab aku selalu kena tanggalkan pacat kat kaki orang…so naik letih dah pun …selalunya badan pacat ni licin, nak tarik lak cengkaman dia kuat…..elastik lak tu…especially bile dia dah gemuk dan merening dengan darah…tapi lagi teruk nak tarik kalau dia dah half way menyedut ….tu yang buat ramai girls yang melompat geligeleman..…. dah tu tangan kita pulak licin sebab selalunya masuk hutan ni tangan kita ni basah……ada yang pakai daun..ada yang cungkil dengan kayulah…macam-macam cara kreatif…cabut tak juga..condition jadi lagi worst adalah….

Paling senang is kauorang capai jea pasir secubit kat hujung jari…gunakan masa nak mencabut pacat tu….tapi kena lea pantas dan cepat…kalau tak tau-tau lea sendiri kat tangan sapa lak dia melekat……………kalau dah cabut tu, masa nak buang tu satu hal gaklah…tengok-tengok gak lah member yang berdiri dekat…jangan main campak jea .…kang ada lak lagi sorang yang hysteria…

Positive impact of this activity?! ….soalan datang dari mereka yang tak join…hmmmm..…tu mengingatkan aku pada 20 tahun yang lalu..“Apalah yang kau dapat dari panjat-panjat gunung ni?”…...ada makna sebalik soalan…!..Personally..dah umur 30 tahun ke atas tak jumpa juga positive impact pada setiap aktiviti yang kita lakukan….sesuatu perlu diperbaiki….Chow!

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates