Cik BY ni posting aku, pendek jea..just nak inform yg aku dah pergi Sungai Lembing. Masuk terowong bijih timah yang tengah hot promosi di pasaran. Anak aku yg dok bising nak gi sana. Lagi tak pergi lagi tu lah telinga aku dok mendengar desakan nak gi sana. Aku pun nak gak ke sana, lebih-lebih lagi bila tengok tv tu cam best jea..Elderado….
Jadual aku kekadang tak menentu, tak membolehkan bergerak sesuka hati. Dek kerana tangguh nak gi beberapa kali, last minute gi gak lah walaupun trip tu bertolak dalam kul 12 tengahari. Sampai sana pun dah kul 2 . Cuaca memang panazzz.
Aku pun apa lagi dok snap gambar lea….First sekali nak gi muzium dia..tapi bila tengok muzium dia atas bukit dan nak kena menapak ke atas dalam cuaca panas, Mak pikir dua kali lah..so decide untuk terus naik ke atas pergi ke kawasan lombong. Sampai depan pintu tanya betul ke ni tempatnya yang naik keretapi masuk lombong. Ya betul. Bayaran masuk RM 46 gitu untuk 2 kanak-kanak and 2 dewasa.
Anak
–anak aku pun berlari-lari lah bila guide tu kata naik
keretapi..excited beb nak masuk lombong naik keretapi…sakan lah
bergambar atas keretapi semua…guide tu pun kata..”ok ambil gambar,…ambil
dia nya feel duluu..”…bila keretapi nak gerak tu memang teruja beb…tapi
teruja aku tu tak bertahan walaupun satu minit…tiba-tiba guide tu
kata…”ok kita turun kita kena jalan sikit”…aku pun ok jea..ingatkan
lepas tengok situ perjalanan akan diteruskan dengan naik keretapi
lagi…rupa-rupanya……”ok kita teruskan perjalanan dengan jalan kaki selama
lebih kurang sejam..” Aku masa tu abih control dah muka nak
membayangkan berjalan dlm lombong selama sejam….
Namun begitu
sebenarnya not so bad gak jalan kaki…lalu dalam trowong tu sejuk cam
duduk dlm peti ais.Tips aku pakai lah proper shoes nak gi sini. Aku lak
pakai kasut aladin ingatkan trip santai rupanya leh tahan gak kaki
seluar aku basah seret air.
Sepanjang trip ke situ family aku
diberikan seorang guide yang menceritakan sejarah Sungai Lembing,
sepanjang perjalanan …memang menarik. So sejam perjalanan tu tak
membosankan langsung..walaupun duduk dalam lombong.
Yang menariknya
ialah tentang terowong satu juta..teruja gile dengar story…agak-agaknya
sapalah yang dapat satu juta tu ya…nak tahu tentang menarik nya cerita
trowong satu juta tu kena lea gi sana.
Antara lain yang menarik ialah
kedalaman trowong tu adalah lebih tinggi dari KLCC..wow!....dan
keluasan setiap level lombong itu jika disatukan ia menjadi lombong yang
terbesar di dunia..double the wow!..lagi triple wow..Ia menang tempat
kedua untuk satu pertandingan di Arab Saudi ke Dubai ka…aku tak
ingat…wow!wow and wow!
On the way balik kita orang singgah di Air
Terjun Sungai Pandan atau Air terjun Panching. Air memang tak
memberangsangkan langsung,….maklumlah Berkelah sentiasa di hati kan..
Perjalanan
ke sana cukup senang..drive terus sampai exit Kuantan..belok
kanan..terus jea ke Sungai Lembing. Jangan risau, signboard banyak.
Aku
plan ke sana lagi, nak gi Air Terjun Pelangi lak. Sebab tengok ramai
gak campers yang menginap motel kat sana..tu mesti gi air terjun pelangi
tu. Tapi tengok lah camna.
Ok lah Cik BY..ni gambar untuk tatapan...
Tuesday, July 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cik BY dah sampai dah Air Terjun Panching tu. Cantik, dan bersih...
ReplyDeleteTapi tak berani nak naik jambatan gantung tu..ketaq lutut...hehehe