Sunday, May 27, 2012

Sime Darby vs Kelantan



Dengan hanya satu sepakan penalti pada masa kedua, Kelantan menang 1 – 0. Walaupun pasukan aku kalah, pada aku, aku  tak pulang dengan hampa sebab pemain dah bermain dengan bersungguh-sungguh. Bukan senang nak mempertahankan  satu gol sahaja untuk Kelantan. Lagi pun Sime Darby boleh berbangga kerana kelab pertama sampai ke Final Piala FA  dan pemain terbaik datang dari pasukan Sime Darby.

Aku sebenarnya tak pernah masuk lagi stadium Bukit Jalil ni, dulu pergi pun berlegar kat luar jea tengok MAHA fair. Paling besar stadium pergi pun stadium Darul Makmur & Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tu pun tengok perlawanan persahabatan dan latihan cam tu jea. Kali ni sure lea aku tak lepaskan peluang lebih-lebih lagi nak menentang dan melihat penyokong-penyokong The Red Warior.

Disebabkan aku pun bertolak lambat akibat nya nasib lea duduk kat tangga jea lah….

Tapi sebelum pada tu, masa kat LRT lagi memang penyokong Kelantan menguasai jalan-jalan ke stadium …..disebabkan Sime Darby juga berwarna merah jadi cam confuse, ni penyokong mana…?...Tapi kalau merah campur oren tu confirmed Sime Darby.

Aku gi sana naik pengangkutan awam....parking kat Bangsar, naik LRT Putra, tukar Masjid Jamek, naik lak LRT Star ke Bukit Jalil.

Hmmmm… dah dekat 12 tahun tak pernah keluar bersama berdua, jadi naik confuse cara nak berjalan berdua, kejap kang  aku terkedepan sangat…kejap kang aku terkebelakang sangat…..ni lah antara simptom-simptom lepas berkahwin…

Berbalik cerita tadi, perasaan teruja itu bermula apabila pintu LRT STAR di Bukit Jalil dibuka. PEHHHHHH!...bunyi-bunyiannya…dengan rambut punk warna-warni…..muka celoreng….macam-macam  fesyen wig……topi……….LAGI WEIRD LAGI MERIAH….ha..ha..ha ...rasa macam nak pakai wig jea masa tu….

Nasib baik masa tu aku pakai jersey…kalau tidak rasanya cam tak masuk dengan kawasan yang sewaktu dengannya….

Yang bestnya tengah makan ada penyokong Kelantan tanya aku…”Kak ada tiket lebih tak Sime Darby bagi? Kawan saya ni tak lepas masuk, tiket orang lain pegang”……macam-macam……

Dari celah-celah stadium aku dah nampak 3 layer stadium tu dah dipenuhi penyokong The Red Warior….AKU TERUJAAAAAA….….







 Lepas masa rehat baru aku dapat tempat duduk sebab ada yg keluar. Mungkin dah tak tahan nak berasap dsbg. Ahhhh!..lega dapat duduk..so view pun lebih luas.

Aku rasa tiket dah dijual lebih dari kapasiti stadium sebab tak nampak langsung ruang tangga….. Atauuuu pagar bolos? penonton panjat pagar cam aku nampak tadi…..mana security?

Aku tak pasti samada tempat besolat di sediakan di dalam pagar stadium atau tidak sebab aku nampak masing-masing solat di tepi-tepi pagar…kalau kat luar tu aku boleh la nampak ada tempat solat, walaubagaimanapun ia suatu pemandangan yang cantik.


Paling best is masa buat ombak…aku tak berkesempatan nak bangun angkat tangan sebab dah atas tangga kan, nak bangun tu alahai susahnya lah….

Disebabkan aku duduk berhampiaran dengan mat-mat shaker yang bawak  gendang so dia nya perasaan semangat tu lagi lea naik…lebih-lebih lagi tengok adik-adik yang pakai wig tu menarik-nari ikut rentak…sambil semua orang meniup alat yg cam trompet tu…synchronize lak tu....last-last aku tengok diaorang main gendang..bukan tengok bola…ha..ha.ha…

Antara yang menyentuh hati aku bila lagu Negara ku diputarkan. Walaupun kau penyokong Kelantan ke, Sime Darby ke….semua berdiri dan menyanyi lagu NegaraKu bersama-sama…..Masa tu tangan kanan aku menekap ke dada sebelah kiri menyanyikan lagu NegaraKu….Aku touching gile lea masa tu…..tah apa-apa tah…..Mungkin aku terfikir bagaimana mungkin ada yang orang yang sanggup merosakkan dan menghina lagu NegaraKu sedangkan itu lah satu-satunya benda yang boleh buat Melayu, Cina, India, even Bangla sekali pun yang hadir dalam stadium tu  berdiri tegak dan menyanyi bersama-sama…
me, with a happy face..
Antara banner yang paling aku suka waktu penyokong pasukan The Red Warior merentang  banner Wau bulan…..so semua dalam stadium tertumpu ke sana….memang pemandangan yang cantik…

Baling mercun tu memang lah ada, cuma penonton booo lah masa tu tanda protest…………nasib lea masa gol tu aku duduk bawah platform. Bila gol jea Kelantan, orang di bahagian bawah dihujani dengan cawan plastic… botol mineral dan air batu. Kebetulan pula gol tu lepas waktu rehat, lagi lea banyak  barang yang boleh dibaling.

Dua minit sebelum masa penamat aku keluar stadium…tak rela bersesak dan tertinggal LRT.  Ingat nak dengar sorakan terakhir di stadium tu, tapi tak pa lah. Elok jea LRT bergerak aku nampak berduyun orang beratur di pintu LRT.

Sebelum aku menamat kan catatan untuk bulan ini, mungkin lambat lagi catatan lain. Aku sibuk nak closing and attend wedding pulak lepas ni. Mungkin akan ke Penang Jumaat ni. Ni aku ambil kata-kata dari Jurulatih Kelantan Bojan Hodak dan sedikit keratan akhbar keesokan hari nya….

“They (Sime Darby) put nine players in front of goal, they parked the bus in front of the box”


No comments:

Post a Comment

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates