Pasar Baru --> Trans Studio --> Sate Kadjan
Jadual hari kedua bermula pukul 8 pagi waktu Bandung. Kami janji nak turun awal utk sarapan. Beza waktu Malaysia & Bandung cuma lewat 1 jam je. Tapi itu pun dah buat kami konpius. Apa taknye, pukul 4++ dah dgr azan subuh. So, masing2 dah bangun mandi & bersiap2. Memang la kul 7 siap tapi waktu Bandung baru kul 6 pagi tau. Tu lah, sombong tak nak tukar jam ikut waktu tempatan. Sebelum staff kafe siap buat sarapan kami dah tercanguk kat meja. hehehe..apa2 je. Sementara tunnggu makanan, kami layan tangkap gambar sambil heran tgk penjaja cenderahati yg pagi2 dah tunggu kat depan pintu hotel. Perlahan je suara diaorg minta kami membeli brg2 yg dijual. Perasaan kesian & takut bercampur baur, jadi kami tak berapa nak layan ...Tapi masa hari last tu, kami pulak yg kejar diaorg...
bergambar & beli souvenier (ada la Ita..tak sempat nak pos kat korang. hehe..) |
Jalan2 raya kat Bandung ni sentiasa sesak tapi pemandu2 diaorg sgt sabar & bertimbang rasa.
Tapi keadaan jalan & kehidupan di sana buat aku rasa bersyukur sangat2 dgn apa yg kita ada di Malaysia ni.
Rezeki orang Bandung kebanyakannya dari hasil berniaga. Kurang (mungkin takde) kilang atau syarikat2 korporat di sini. Sebab tu kat mana2 kita akan jumpa penjaja. Sampai kat tgh2 jalan yg sesak tu pun diaorg akan pergi dari kereta ke kereta utk menjual barangan.
Gerai2 kecil & warung beroda yg menjual makanan pun banyak juga. Tapi sebab kami ragu2 tentang status halalnya, jadi tak ada sesiapa yg berani mencuba.
Yg hijau ni Angkutan Kota. Ala2 bas mini. Sesuai la utk sapa2 yg adventurous. Klu aku tak sanggup rasanya bersesak2 dlm tu :)
Alhamdulillah..kami dapat naik kereta yang selesa. Guide kami (Pak Selamat) pun sangat baik & berinformasi. Sabar je dia melayan kami yang banyak tanya ni.
PASAR BARU
Kat sini dijual bermacam2 jenis barang..beg, kasut, baju.. Tapi yg paling popular tentulah kain ela & telekung bersulam / berwarna. Harga pun agak murah juga. Rasanya macam tak cukup 4jam di sini. Patutnya letak kami di sini pukul 9pg (waktu buka) dan ambil semula pukul 6ptg (tutup). Barulah puas memilih...
Tapi apakan daya, rugi pulak kalau tak pergi lain2 tempat kan? Bukan selalu pun datang sini. Tak apalah, mungkin lain kali :)
Lunch di food court. pening kepala kena serang dgn pekerja kedai makan. Akhirnya kami pilih set ikan & ayam ni. Sangat2 sedap tapi agak mahal..~RM10/org |
TRANSTUDIOS-SUPERMALL
Tak nak cerita banyak. Kecewa... Rides yg best2 terpaksa beratur sampai 2jam sebab terlalu ramai org. Kami mana ada masa banyak tu :(. Roller coaster yg tinggi tu takde sapa yg berani nak naik. So, kitaorg hanya jln2 ambil gambar je lah. Tak berbaloi rasanya bayar IDR200,000 (~RM70) tu. Haiz...janji sampai..
DINNER @ SATE KADJAN
Sedap sangat sate kambing & rusuk kambing panggang kat sini. Yang agak pelik tu, boleh cicah dgn sambal kicap la pulak. Harga agak mahal juga. ~RM1 satu cucuk sate ;). Kami ok je, janji sedap & kenyang.
Apa2pun, sangat2 happy & puashati. Malam tu semua tidur lena & tak sabar nak ke destinasi seterusnya di esok hari....
~akhir bahagian 2~
No comments:
Post a Comment