Tuesday, May 22, 2012

ATV Adventure to 7 tier water fall


Pada 12 Mei 2012, Sports & Social Club office aku telah mengadakan satu trip ke ATV Adventure Park, Kampung Kemesah. Tajuk trip : ATV Adventure to 7 tier water fall.

To find out more about this great place you can logon to : http://www.atvadventureparks.com.

Tak pernah aku siarkan logo club office akukan… so ni aku ada sertakan. Cantikkan.?

 
Sebelum tu nak tanya Cik BY. Mana sambungan cerita Bandung? Sekerat jalan nampak? Orang lain semua buat cerita penuh Cik BY buat drama bersiri lak. Mana aci….

Berbalik kepada trip tadi. Sebelum pergi aku nasihatkan lah sesiapa yang nak pergi sila baca rules & regulations supaya bila tiba di sana segala info kita telah dapat dan trip itu lebih bermanfaat.

Hanya peserta yang berumur 16 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan mengendalikan alat ini. So sesiapa yang dah terbawak anak kecil ke, masih berpeluang untuk enjoy di sini kerana terdapat kolam renang (sumber bekalan air bukit)  dan ruang santai disediakan oleh pemilik sementara menunggu ibu @ ayah melakukan aktiviti. Tetapi hendaklah di bawah pengawasan orang dewasa kerana kolamnya sesuai untuk orang dewasa sahaja. Cuma suggestion aku mungkin lebih menarik jika warna dasar kolam renang tu ditukar warna cerah supaya ramai yang lebih confident untuk turun ke dalam kolam tu….:)




Tak masuk lagi cerita betulnya ni. So pagi tu kitaorang berkumpul pukul 7.30 pagi di hadapan Zoo Negara, tapi sebelum tu aku & kakak aku pekena dulu nasi lemak kat Melawati, sebab AJK dah infom no food for breakfast only lunch. Ok lah juga dari kena makan sendiri bayar sendiri. Semua perserta on time….bagusss….Tanpa berlengah lagi kita orang bertolak ke camp.







Mungkin terlalu teruja kot kita orang sampai terlalu awal …tempat tu baru nak di setting. Bak kata tolong bukak kedai lah ni…..Setelah isi borang dan dengar taklimat…kitaorang pun ambik machine masing-masing….masa briefing tu hati aku dup..dap..dup..dap…boleh ke ni…ada gear lak tu….aku ni dah lama bawak auto…..belasahlah….So kita orang dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mengandungi 7 orang perserta setiap kumpulan…dan diberi latihan dalam camp cara mengendalikan ATV dan membuat beberapa lap sebelum dibawa ke destinasi yang dipilih…






Nak jadikan cerita akunya kenderaaan tu semput naik bukit…tak tahu lea aku yg berat atau machine tu yang dah dibelasah kaw-kaw…nasib masih dlm lap testing lagi….dapat tukar yang lain….Yang lawaknya aku asyik ingat cam bawak motor ..nak pulas minyak….jangan tak tahu AtV pakai ibujari nak press minyak…kekadang terturun lak kaki nak menongkat bila ATV tu dah menyenget ke bukit…

One thing yang aku suka dia melekat ke tanah..mencengkam..so kalau kau senget ke bukit dia tak akan terbalik…Cuma mungkin kita jea yang menggelongsor dari seat….

Trek dia mencabar gaklah bagi perserta yang first timer cam aku ni…..bukit first lagi aku dah tak lepas…ATV aku melekat dan meyenget ke bukit….so aku dengan muka selamba…”Bang nak buat apa ni bang?”..dengan kaki menongkat tanah cam bawak motor….”Tekan minyak kak..tekan minyak”…..….…Aku bukan apa takut nak tekan minyak kuat-kuat takut melambung….…dengan selut lagi….tapi nasib lea semua guide tu being very helpful and patience…..”mari saya tolong…Akak pegang handle depan ni…biar saya press minyak”…..aku dah cam orang dulu-dulu kalau naik basikal tua tu..kalau naik dengan ayah atau abang kena duduk depan atas palang..pegang handle depan tu….cam tulah…...sekali Adik tu press minyak kuat-kuat….cam gilelah ATV tu pergi…. peh! aku pun apalagi …..”WUHUUUUUUUUUUUUUU”………..alamak terkeluarlah pulak…….

Mula–mula nak get use to it memang susah sikit tapi lepas jea setengah jam bawak….ha..ha..ha…sendiri mau ingat lea kan ….tapi in group kena lea be considerate kan….jarakkan perjalanan anda supaya tiada kecederaan berlaku…”Safety come first!”



So dah ride dlm sejam lebih kot kitaorang sampai ke destinasi iaitu air terjun 7 tingkat tu….aku apalagi….”Airrrrrrrrrr…….” bukan air minum tu tapi sungai tu…..teruja…teruja ….apalagi mandi lea……dah tua-tua nak mandi cam budak kecik….so aku kira apa yang penting....”…Kenangan tu aku punya…so enjoy! ”Dah dekat sejam tunggu group kedua tak sampai-sampai….tapi takpa lea…banyak masa boleh aku mandi……Aku jea ke yang mandi?!.....Q@Q@#$%@#$#&^%.....Tak best!….so mula lea menggoda perserta-perserta lain to join…!





Lepas dah lepak dalam setengah jam, group kedua pun sampai….Tak lama lepas tu kitaorang head back ke camp semula…..Laaaa…awat cepat sangat sampai!.....Lepas tu kitaorang heading ke Jaya Jusco AU untuk makan lunch di Kenny Rogers….



 
Sebelum aku nak tutup cerita….cuma kat sini aku nak komen lea sikit pada sesiapa yang nak masuk hutan tu pakai le proper clothing…..especially girls (bukan group aku).…malas lea nak komen lelebih ….hormat sikit lea pada alam....kalau tak biasa masuk hutan..jangan masuk....get knowledge dulu lea tentangh utan…kalau dah masuk kawasan orang tu….what do you expect…pacat baru nak nganga…belum lagi gigit…..kena cucuh…kejam weiii…….tu tempat tinggal diaorang..kita yang masuk dan ceroboh…so respect sesame lea…..

Sini aku bagi lea tips sikit cara yang paling mudah dan senang nak tanggalkan pacat pada kaki….sebab aku selalu kena tanggalkan pacat kat kaki orang…so naik letih dah pun …selalunya badan pacat ni licin, nak tarik lak cengkaman dia kuat…..elastik lak tu…especially bile dia dah gemuk dan merening dengan darah…tapi lagi teruk nak tarik kalau dia dah half way menyedut ….tu yang buat ramai girls yang melompat geligeleman..…. dah tu tangan kita pulak licin sebab selalunya masuk hutan ni tangan kita ni basah……ada yang pakai daun..ada yang cungkil dengan kayulah…macam-macam cara kreatif…cabut tak juga..condition jadi lagi worst adalah….

Paling senang is kauorang capai jea pasir secubit kat hujung jari…gunakan masa nak mencabut pacat tu….tapi kena lea pantas dan cepat…kalau tak tau-tau lea sendiri kat tangan sapa lak dia melekat……………kalau dah cabut tu, masa nak buang tu satu hal gaklah…tengok-tengok gak lah member yang berdiri dekat…jangan main campak jea .…kang ada lak lagi sorang yang hysteria…

Positive impact of this activity?! ….soalan datang dari mereka yang tak join…hmmmm..…tu mengingatkan aku pada 20 tahun yang lalu..“Apalah yang kau dapat dari panjat-panjat gunung ni?”…...ada makna sebalik soalan…!..Personally..dah umur 30 tahun ke atas tak jumpa juga positive impact pada setiap aktiviti yang kita lakukan….sesuatu perlu diperbaiki….Chow!

No comments:

Post a Comment

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates