Monday, March 10, 2014
PIALA TA 45 CUP ENDURO CHALLENGE
Lama tak hantar posting ke Cik BY. Cik BY pun sama gak, senyap jea…
Cik BY kali ni aku gi tengok motorcross event. Mesti kau orang tertanya apa kaitan aku and motorcross. Untuk pengetahuan group…. aku and adik aku Man and sorang share partner baru, Ally dah buka kedai motorcross dekat Sri Rampai, KL. Kedai tu nama “APC GARAGE Parts & Accessories”. Nanti aku story lain and bagi gambar semua macamana semua bermula.
Back to story tadi, adik aku buka booth kat event motorcross tu, since dah event tu dekat Pahang tak da sebab aku tak gi melawat and bagi moral support….. and bawak Gulai tempoyak Ikan patin sekali.
Event tu diadakan dekat Taman Tasik Burung Mandi, Kemahang, Lipis. Waktu sampai tu punyalah jauh masuk ke dalam. Nak tahu jalan kau ikut tu betul atau tidak tengok pada habuk yang melekat ditepi-tepi jalan maknanya betullah jalan kau tu.
Deruman motocross memang hingar bingar lah. Event tu 2 hari, sabtu dan ahad. Tapi hari Jumaat orang dah berkampung kat sana. Siap bawak anak bini lagi berkhemah….dengan Hilux, Triton….Memang best bila satu keluarga datang beri sokongan …mungkin anak and ayah masuk race kot…Hari Ahad tu penyampaian hadiah semua oleh Tengku Mahkota, tak sangka Tengku main motorcross….Aku tengok gambar kat backdrop….Hari sabtu tu kira lumba saringan. Aku story berdasarkan apa info yang aku dapat kalau tak betul tu maaflah ya. Dengar kata ada 2 orang pompuan masuk race and campur dengan lelaki…wow!..Aku tak nampak pun.. sebab cam mana nak bezakan bila dah pakai suit and helmet penuh. Tapi bagus gak bila orang tak dapat bezakan..tak da lah pulak jadi gentlemen bagi laluan …ladies first….:)…
Aku tak tengok semua race sebab aku gi pun hari sabtu jea. Sempat tengok 2 race jea, sebab anak aku yg pompuan tu dah nangis-nangis sebab panas, habuk lagi..kena lak panjat bukit ….spoil..spoil..Yang adik dia excited sangat dengan motor..kalau boleh nak duduk atas trek…dok mengekor dia lah takut gak kot motor terbabas…bagi dia puas tengok. Ni kita orang tengah berangan nak dapatkan motrcross yang kecil tu satu and satu yang besar sikit untuk aku he..he..he…
Memang syok lah Cik BY tengok race tu, nak pulak waktu start race..maca-macam ragam motor tak hidup, acciedent…aku sempat lah merakam video…anak aku dok menonton tiap malam..suka sangat depa tengok……Kalau lah aku ada digital camera memang syok ambil gambar dekat….boleh rasa cam na perasaan dia orang race..adrenalin kata orang…kalau hujan aku tak tahu lah camna rupa dia orang tu jadi terra cota wariorr lah jawabnya.
Ok lah Cik BY aku chow dulu…
P/s Cik BY aku nak panjat Gunung bulan March ni ….dah 13 tahun rasanya tak panjat gunung and best thing aku bawak anak aku yang lelaki tu for the first time…. see how the result in next posting….:)…And sessi training aku ialah memanjat tebing Sungai Pahang.
Nota Cik BY : maaf ye Ita, lambat publish entry ni. Rasa2nya nak kena tukar komputer dan line internet baru ni. hahaha...tapi kena tunggu Cik BY balik dari Korea la.. Ha, sal Korea ni, nanti bulan April kita cerita...
Wednesday, October 30, 2013
Kinabalu lagi...
Sedang aku mengadap kerja yang mancam never ending story dan hikayat seribu satu malam ni , tetiba phone aku ni vibrate…tengok nombor 04…ni tak lain tak bukan …….
“ Allo…Allo itu …Rozita ka?!”…kata si empunya suara setelah dah merepek dua tiga line tiga line..tak kasi pun aku bersuara…
“Abah kalau kau ubah jadi Benggali roti pun aku boleh kenal..”……
Ha..ha..ha….pecah gelak ketawa……….
“amboi..dia!(dalam loghat Kedah)”…tulah trade mark Abah…
Ni share sikitlah pasal conversation kita orang….tentang ”Kinabalu”……………he..he..he..he..topik kita semua dari zaman bujang…sampai dah beranak pinak pun topik yang sama..Kinabalu.
Kau ingat tak cita-cita kita yang paling agung dan tidak terlaksana masa final year……”Gunung Kinabalu”…Tragik kan?..masalah duit..masalah grad berbeza dan lebih-lebih lagi masing-masing bawa haluan masing-masing…tak contact balik pun nak laksanakan cita-cita kita bersama. Semua terus struggle cari kerja dalam keadaan ekonomi yang teruk, nak cover balik duit belajar. Nak cari tempat untuk hidup.
Yang pasti adalah sorang dah pergi sana…...yang 12 orang lagi berkubur…..entah pergi sana ke tidak…tapi aku boleh lea jadi orang yang kedua kot sebab beg purple trade mark group kita tu and segala equipment camping aku dah sampai sana 2 kali…tuannya belum lagi….kira ada lea improvement sikit dari kau orang semua…..:)
Ni cam na kakak aku dah panjat Gunung Kinabalu dua kali dan lagi sorang pun dah pergi sana dan semua gunung yang kita pergi dulu tu, dia sapu jadi tempat training jea…..huh! tercabar …..ni sapa yang minat camping at the first place.….?!$&#&*%*&^&*
So kata Abah dia nak bawa anak dia as reward kalau dapat 5A UPSR… Apa ke susahnye hadiah Abah oiiiiii…..Orang lain bawak pi beli basikal ka..pi cuti ka... Kalau porter kat situ ada package angkat orang bolehlah…..aku confirm sign-up….. Moga anak Abah dapat result yang bagus… Amin………..Kalau tak pun Abah kena berbangga gak sebab dah membentuk Iffan dengan akhlak yang baik…itu lebih berharga dari segalanya..
***Sorry posting ni keluar lewat, anak Abah pun dah dapat result….simpan ya Bah hadiah tu untuk PMR lak..Story ni aku karang masa kat KL, so sekarang ni tengah clean up stories yang tak keluar.
Ni aku nak share gambar-gambar kebun aku masa mula-mula balik kampung. Aku kasi intro dulu nanti kau jangan terkejut hasil nya nanti. Ada gambar before and after. Tapi ada gambar lagi current aku simpan next posting. Kau orang sure terkejutnya dengan hasil tanaman aku.

**Hmmm...Ita, seronok berkebun kan? Tak rugi berbudi pada tanah.
Pasal Kinabalu tu, bagi Cik BY sendiri, masih berangan-angan juga nak ke sana. Tunggulah, kalau diaorang dah bina cable car macam kat Genting tu, mungkin Cik BY akan sampai juga ke puncaknya. hehehe...
Tuesday, October 15, 2013
Melawat industri kampung
Cik BY lupa nak story yang
aku ada kongsi sikit business dengan adik aku buka kedai accessories motorcross
and dengan kakak aku lak aku kongsi buat perusahaan barut. Adik aku ada masuk
tv dalam program nasi lemak kopi o and kakak aku lak ada masuk program gigih
tu. Dapat hadiah saguhati. Next posting aku share kan video and stories.
But petang ni aku nak story
pasal visit aku perusahaan-perusahaan yang diusahakan oleh sepupu aku and salah
seorang penduduk kampung kat tempat aku.
Sepupu aku ni dia usahakan
cendawan. Aku panggil di Ja. Kecik molek orang nya. Lama dah aku dapat story
dia usahakan cendawan tapi aku belum ada masa nak gi jenguk. Bukan apa, macam
tak caya…bila dah kerja makan gaji terjun ke bidang kerja sendiri…sure lah
interesting. Bukan apa, bila ada geng yang dalam bidang kerja sendiri ni kita
rasa seronok nak dengar pengalaman depa. Apa cabaran? Macam mana boleh mula?
Modal macam mana? Banyak lah yang boleh di kongsi nasihat. Ni aku ada ambil
gambar.
Perusahaan yang kedua ni
secara kebetulan jea.…Al-kisahnya petang tu balik kerja ..”Moh kita gi makan
durian. Pak Ngah ajak sekeluarga”….he..he..he…durian free apa lagi.
Anak-anak aku biasalah nak
duduk belakang. Teringat lak masa kecik dulu,
kalau naik lori mesti nak duduk belakang…berdiri pegang pagar. Bila kena
tang selekoh riuh rendah masing-masing…tapi la ni aku tak buat lah macam tu…aku
duduk diam-diam tengok anak-anak aku..kalau tak buruk benar.
Petang tu memang jenuh makan
durian. Pak Ngah lak buat style buffet. Makan..makan and makan…Mak surrender
last-last…tak sampai dua biji pun makan, perut dah tak leh terima. Dengan muka
tak malu siap tapau bawak balik lagi….dah Pak Ngah suruh bawa balik…tak baik
tolak rezeki kan.?
Ni nak cerita pasal business
yang Pak Ngah buat. Pak Ngah ni dia supply dodol kat kedai kitaorang so tu yang
dia menjemput mana-mana yang kenal untuk makan free. Sebelum kita orang, ada
group dari JPJ..
Pak Ngah menggunakan
teknologi gak lah, banyak tenaga and masa dapat jimat. Masa kita orang datang
tu kebetulan pulak dia tengah masak dodol. Ambil a few shot untuk tatapan kau orang. So bayang
kan kalau
dulu guna tangan masak dodol, aku rasa ramai yang tak bertahan nk menjual
dodol. Bila guna teknologi ni, dodol tu di kacau oleh mesin. Sambil tu boleh
tinggalkan and buat kerja lain…macam melayan kita orang makan durian …J
Kedua-dua perusahaan ni semua
dalam kawasan pagar rumah jea. Memang tak da alasan untuk kita tak mula
berniaga. Macam tempat aku kerja sekrang ni pun dalam pagar rumah juga, tapi
aku tak ready nak share lagi story buat masa ni. Nanti lah ada dia punya own
story.
Ada lagi
perusahaan lain Cik BY, tapi tak sempat lah Cik BY. Kalu ada masa nanti kita
share. Kat sini boleh kata ramai yang kerja sendiri, so banyak lah idea-idea
perniagaan yang boleh di kongsi. Sebab tu lah aku pilih duduk sini. Bak kata
kalau nak meniaga kena lah duduk dalam orang meniaga, kalau tak kita rasa
alone, tak rasa alive nak explore, adventure, trill….lagi satu nak belajar.
Lagi best kat sini orang
pakai Hilux, Triton and Ford Ranger…gaya maskulin and lasak…on the road memang
dia orang concurred tapi jangan terkejut Cik BY, nampak kenderaan brutal gile,
dengan tayar besar, cermin gelap….. tapi yang turun Cik Kiah, Cik Bedah, Mak
Temah…… terkejut mak tengok kekadang tu.
Ok lah Cik BY stop lah dulu.
Nak berkebun lak. Nanti nak share gambar kebun sayur aku. Jangan terkejut Cik
BY, carrot pun hidup kat belakang rumah aku.
Sunday, September 22, 2013
Short Visit
Cik BY ingat tak aku nak sambung story camna aku jadi superman cium jalan tar depan rumah.?
Ceritanya… Pagi tu kekawan dari KL nak datang..aku pun apa lagi..kalau tetamu datang mula lah nak masak macam-macam…menu aku ari tu gulai patin masak tempoyak, talapia masak merah, patin bakar and pais patin bakar. Lain-lain side menu ikan masin goreng kering dengan bunga kantan, petai dengan tempoyak dan air …ni pasti buat orang meleleh….air kelapa bancuh dengan gula sikit, isi ais ..dan air lain ialah sunquick oren…menu ni bukan untuk 10 orang datang tapi cuma dua orang jea…J.! Seronok punya pasal sebab member selalu cakap..”You can cook ma?!”…time to show proof…!
Pagi tu nak jadi cerita, nak lea kasi makan ikan fresh from the river…bahan dah siap sedia cuma nak campak ikan jea dalam gulai…so pergi lea naik motor dengan laki aku cari ikan…anak aku tu lak nak follow dengan basikal…larang punya larang tak makan saman..follow gak dengan basikal…dah borong lima ekor ikan ..nak balik tu laki aku dan anak buat unsafe act…aku dah kabor jangan..jangan..dan jangan…..! Dan apa lagi, sampai pagar depan rumah dua-dua beranak ni tengok belakang nak cross jalan, yalah tak da side mirror..aku jea yang pandang depan….sedang aku nak cakap…”Aaaaa…”….tayar dah berselisih depan dan belakang….so apa lagi…motor aku wegang lah kan….nasib aku jatuh atas laki aku….tangan kanan aku seliuh…laki aku lak, muka cam pakai blusher…. nasib anak aku ok…Cuma dalam keadaan terkejut…..tercegat berdiri tepi jalan.
Lepas kejadian tu dah tak da lagi anak aku nak berbasikal kat atas jalan lagi….selesai masalah aku yang selama ni dok melarang dia sampai nak kering tekak. Tapi lesson tu dia belajar dari the hard way and aku lak terpaksa pay dengan tangan yang tak terpeleot.
Sedang elok dapat rawatan dari klinik member dari KL pun sampai…hmmmmm apa menu pun tak siap...
Pick-up depa dekat KFC Temerloh…follow bawak ke rumah…..dalam hati aku mesti depa cakap ….”Where the hell….%$&*^&^%!!”…he..he..he…kalau tak biasa memang lah rasa jauh...
Sebelum tu aku tipu depa.. kata yang nak ke rumah aku kena naik bot..…tapi rasa cam tak sanggup lak nak kenakan…sure dia orang curse aku sepanjang perjalanan….nak pulak nanti bila naik bot penambang mintak life jaket. Mesti pak cik bawak bot tu pun kata..”ni lah kalau orang Bandar masuk kampung” ..
Sebelum datang..mika tanya “ what do you want?”….”I want lexus in front of my house”…he..he..”No way!”…But akhirnya sampai gak lexus depan rumah aku..…
Disebabkan tangan aku tak leh bergerak…so terpaksa depa masak untuk aku….campak-campak lah ikan dalam bahan yang dah siap.
Petang tu enjoy gile…mengilai gelak lebih-lebih lagi bila ikan bakar dah jadi well done sebab dok leka update stories masing-masing....
Thank you for the short visit, do bring the whole office next time. …….
Here are the happy faces with the yummy food...

Tuesday, July 16, 2013
SHORT VISIT TO SUNGAI LEMBING
Cik BY ni posting aku, pendek jea..just nak inform yg aku dah pergi Sungai Lembing. Masuk terowong bijih timah yang tengah hot promosi di pasaran. Anak aku yg dok bising nak gi sana. Lagi tak pergi lagi tu lah telinga aku dok mendengar desakan nak gi sana. Aku pun nak gak ke sana, lebih-lebih lagi bila tengok tv tu cam best jea..Elderado….
Jadual aku kekadang tak menentu, tak membolehkan bergerak sesuka hati. Dek kerana tangguh nak gi beberapa kali, last minute gi gak lah walaupun trip tu bertolak dalam kul 12 tengahari. Sampai sana pun dah kul 2 . Cuaca memang panazzz.
Aku pun apa lagi dok snap gambar lea….First sekali nak gi muzium dia..tapi bila tengok muzium dia atas bukit dan nak kena menapak ke atas dalam cuaca panas, Mak pikir dua kali lah..so decide untuk terus naik ke atas pergi ke kawasan lombong. Sampai depan pintu tanya betul ke ni tempatnya yang naik keretapi masuk lombong. Ya betul. Bayaran masuk RM 46 gitu untuk 2 kanak-kanak and 2 dewasa.
Anak –anak aku pun berlari-lari lah bila guide tu kata naik keretapi..excited beb nak masuk lombong naik keretapi…sakan lah bergambar atas keretapi semua…guide tu pun kata..”ok ambil gambar,…ambil dia nya feel duluu..”…bila keretapi nak gerak tu memang teruja beb…tapi teruja aku tu tak bertahan walaupun satu minit…tiba-tiba guide tu kata…”ok kita turun kita kena jalan sikit”…aku pun ok jea..ingatkan lepas tengok situ perjalanan akan diteruskan dengan naik keretapi lagi…rupa-rupanya……”ok kita teruskan perjalanan dengan jalan kaki selama lebih kurang sejam..” Aku masa tu abih control dah muka nak membayangkan berjalan dlm lombong selama sejam….
Namun begitu sebenarnya not so bad gak jalan kaki…lalu dalam trowong tu sejuk cam duduk dlm peti ais.Tips aku pakai lah proper shoes nak gi sini. Aku lak pakai kasut aladin ingatkan trip santai rupanya leh tahan gak kaki seluar aku basah seret air.
Sepanjang trip ke situ family aku diberikan seorang guide yang menceritakan sejarah Sungai Lembing, sepanjang perjalanan …memang menarik. So sejam perjalanan tu tak membosankan langsung..walaupun duduk dalam lombong.
Yang menariknya ialah tentang terowong satu juta..teruja gile dengar story…agak-agaknya sapalah yang dapat satu juta tu ya…nak tahu tentang menarik nya cerita trowong satu juta tu kena lea gi sana.
Antara lain yang menarik ialah kedalaman trowong tu adalah lebih tinggi dari KLCC..wow!....dan keluasan setiap level lombong itu jika disatukan ia menjadi lombong yang terbesar di dunia..double the wow!..lagi triple wow..Ia menang tempat kedua untuk satu pertandingan di Arab Saudi ke Dubai ka…aku tak ingat…wow!wow and wow!
On the way balik kita orang singgah di Air Terjun Sungai Pandan atau Air terjun Panching. Air memang tak memberangsangkan langsung,….maklumlah Berkelah sentiasa di hati kan..
Perjalanan ke sana cukup senang..drive terus sampai exit Kuantan..belok kanan..terus jea ke Sungai Lembing. Jangan risau, signboard banyak.
Aku plan ke sana lagi, nak gi Air Terjun Pelangi lak. Sebab tengok ramai gak campers yang menginap motel kat sana..tu mesti gi air terjun pelangi tu. Tapi tengok lah camna.
Ok lah Cik BY..ni gambar untuk tatapan...

Tuesday, June 25, 2013
NEW LOCATION
Cik BY ni posting aku yang
dijanjikan…ari tu aku cakap posting aku akan keluar dari location lain..ni dia
posting nya…new location..next to Sungai Pahang.
Makan masa gak nak ambil
lajak nak menulis posting…last hantar Februari..ni dah bulan June..Tak pa lah posting dulu pun
baru keluar.
Semalam aku sambut birthday
yang ke 39 tahun…hu.hu lagi setahun 40…….aku pun terkejut anak-anak aku siap
belikan topi , wisel & belon…so menyambut lah birthday aku bawah pokok
beramai-ramai…
Aku nak story apa ya…tak tahu
nak cerita lagu mana…..eh! lupa lak tak leh cakap Kedah, tu Abah punye… aku dah
jadi orang Pahang…jadi koi lah kan…kome ..rodong….Perubahan bahasa lah amat
ketara dan membuatkan aku suka bila dengar dia orang ni bercakap…Aku lak tak
berapa nak pekat , kalau tak duduk dalam orang Pahang sendiri aku tak reti nak
gunakan loghat atau dialect. Anak-anak
aku yang belum ada loghat mana-mana lagi yang nak membuat aku nak
tergelak..…...Yang Syiqah kena soal
dengan saudara mara..”Awok dah dapat rodong kat sekolah..?”……dengan selamba
..”Rodong tu apa?”…J…yang Daniel lak “Mama kat sekolah kawan-kawan Hafiz semua suka cakap
perkataan “koi”..orang tu cakap koi..orang ni cakap koi….suka betul dia orang
cakap koi..…..Koi tu apa?”…Ha…ha..ha…banyak lah anak aku kena belajar….Kalau
kita yang tak agung kan dan meneruskna loghat bahasa, sapa lagi yang nak
continue kan?
Perubahan pada aku
lak…..fizikalnya aku dah kurus….mesti kau orang tak percaya….tak perlu
diet..tak perlu senaman…kurus jea….Mesti kau orang tak percaya punye. Mana tak
nya, tak da lah nak makan-makan cam dulu lagi. Sebut jea ada tempat makan best
meluru semua buat trip..tu baru trip sendiri..belum lagi trip orang belanja and
trip belanja diri sendiri.. Ni bila kena masak sendiri ni secara automatic
mesti kurang nya, tambah lagi bila badan letih….rasa minum air pun dah cukup.
Lebih-lebih lagi aku teruja sangat berkebun petang-petang, memang peluh
mencurah-curah. Bagi kawan-kawan aku yang suka buat exercise walking belakang
office tu rentikan lah…J. Meh! Pegang cangkul berkebun…kalau rasa tak da tanah tu…rasanya DBKL banyak nak pakai pekerja
landscape….He..he..he..jangan marah..
Nanti
lah aku bagi gambar kebun aku.. Pokok baru jea nak naik. Masa balik Febuary ari
tu disambut dengan hujan memanjang tak henti-henti…depan rumah pun dah cam trek
4WD. Baju nak pakai pun habis. Nasib rumah ada stor, penuh kain basah. Masuk
bulan kedua March..panas terik sebulan..pehh! dugaan betul masa tu. Tak tahan
mak oiii..panas lain macam. Pertengahan April baru lah cuaca stabil..so baru
lah boleh berkebun..ni baru nak naik tunas. Aku dah merasa tanaman kankung
hasil titik peluh aku…seronok gila walupun aku sorang jea yang makan.
Ni
petang-petang duduk menghayati pokok terung aku yang dah membuahkan hasil.
Kagum gile aku tengok. Anak aku lagi lah. Bukan panggil pokok terung. Pokok
purple. Apa-apalah janji kau orang enjoy zaman kecik kau orang seperti masa
Mama kecik-kecik dulu. At least tak too late for me to give you all the
experience how wouderful it is growing-up in Kampung. Kalau dulu duduk KL ia jadi Bedtime stories
jea…sekrang kau orang experience lah sendiri.
Yang Daniel pagi petang naik basikal, macam jakun..letih aku tengok.
Perubahan
kerja memang aku takda lagi cut-off date, meeting dateline, stayback. Sampai
kalau boleh tak mau pegang computer tapi mana boleh kan..mesti kena gak walau
macam mana sekali business tu. Sampai kekadang bila kekawan ex-office call “ni kul berapa dah ni…Napa kau orang ada kat
Office lagi…?”…Tu soalan boleh bikin panasssss…
Ada
lagi panas “Kenapa ada bunyi hon?”…”I’m stuck in traffic jammed”…… ..” Ooo..ya
ke!..The only traffic jammed that I have here, because of the traffic light
turning red.”…..Rileks brother..brother rileks…J
Well
aku stop dulu lah Cik BY….sebenarnya aku baru jadi Superman mencium jalan batu
tar depan rumah aku….…ikan patin aku terpelanting, selipar tinggal sebelah kat kaki, …
handphone, purse aku pun aku tak tahu
terbang ke mana masa tu….kebetulan lak nak terima visitors ari tu…ingat nak
masak lah kan…last-last orang masak untuk aku…tunggu lah next posting aku
sambung what happened.
Thursday, May 2, 2013
Ita balik kampung
AKU BEHENTI KERJA..
Cik BY ni posting terakhir aku berada di K,L selepas ni posting aku akan keluar dari lokasi yang lain. Mesti kau orang tertanya manalah Ita ni nak pergi. Kau orang jangan tanya aku ke mana…..tapi tunggulah posting aku seterusnya ke mana destinasi adventure aku seterusnya.
FYI aku dah berhenti kerja………….yahoooo..feel so good…walaupun aku tak tahu ke mana arahnya masa depan aku tapi keputusan aku untuk berhenti kerja & move on with my life at another place tu aku respect sangat…mungkin kau orang cakap …apalah Ita ni respect diri sendiri…….tapi apa yang aku dah lalui sepanjang tinggal di KL hanya Allah jea yang tahu…..terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi aku semangat untuk terus bertahan until “the right time to exit”.The best parts is…no more “FYA”..FYA..”FYA” .. …and sometimes…”KINDLY ASSIST”….”KINDLY HELP”. Somehow pada aku sama jea…action item..action item and more action item………Huhu! no more. no more reports, no more dateline, no more closing…..:)....no nothing….I’m freeeeeee….And also the “how” things………. how to act, how to talk, how to dress up, how to lead……all the “how” things….Cik BY make sure posting ni keluar selepas 1hb Febuari sebab….he..he..he..…..nak cakap tu kena gak tahu rules & regulation and also the T & C….Tak juga lupa the “no no” things…..he..he..he…..ni tak leh di list down…
Sekarang aku boleh rasa free dari quote of the decade……..”PEOPLE ARE QUEUING OUTSIDE THERE LOOKING FOR JOB”……and bila aku tender surat…”I thought I can work out something for you”….”No you cannot”….….. and pada masa tu aku wondering what happen to the people who are queuing outside there?..The best parts is the “gossip” and the “rumors”….’Why ha.. Ita resign!?”…kalau dulu masa sekolah panggil mainan “telepon buruk” ka…/?...Aku menjawab sejujurnya…”aku balik kampong”…somehow jawapan jujur aku tu tak di anggap menjawab soalan langsung….and soalan yang ada jawapan untuk di pilih A, B &C lah yang paling best….so aku boleh guess lah what are the hottest gossip topic to talk during lunch hour ….antara jawapan A, B & C :
1.Better offer…
2.Pergi competitor…
3.Workload banyak…
4.Paling best aku gaduh…mentang-mentang aku pernah gaduh sekali tak bermakna aku kaki gaduh selamanya …aku pun tau learn my lesson….
5.Aku buka business sendiri…banyak benar duit aku..
6.Ita dah ada rumah sendiri kat kampong,…..nasib depa tak cakap aku dah beli bunglow kat kampong..
7.Ita nak buka farm sendiri…bela ayam organic …eat organic food…he..he..he…
8.Yg last ni Ainul create..Ita buka company oil & gas sendiri..…iaitu menjual tong gas…ha..ha..ha…
Tapi semua andaian tu semua baik-baik belaka tak da yang aku ambil buruk atau sebagai nya, …aku tahu semua mendoakan aku yang terbaik untuk masa hadapan….semua orang happy…aku pun happy untuk pergi….of course lah boss aku yang tak happy, sapa nak buat kerja ni…Sorry lah boss, cannot do the “assist thing” things anymore…..dengan usia boss yang masih muda dan aggressive “boss boleh!”…
Tepat jam 8.30 malam Jumaat aku serah access card…sayu beb…lama kerja situ…tinggalkan kawan-kawan. Banyak kenangan pahit manis. Lepas ni aku cakap koi jea lah…tak da nak speaking-speaking terpleot lidah. So jumpa lagi lah kawan-kawan semua…next posting aku akan share gambar aku kat kampung…ni aku share gambar dengan team Finance and hadiah dengan card dari kawan-kawan ..team aku tinggal sorang jea…so camna nak bergambar….next time aku drop jap , boleh kita bergambor…
Note: Ita, sorry lah sebab lama simpan posting kau ni. Masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Tapi semua dah kembali seperti sedia kala. Jadi, kongsi lagi banyak2 cerita tau. we miss you dearly... Cik BY

Subscribe to:
Posts (Atom)