Awal bulan Mac 2011 haritu aku & kawan2 ke KL dgn menaiki Bas Ekspress dari Pontian. Bertolak pukul 11.30 malam, maknanya kami akan sampai di KL kira2 pukul 3.30 pagi. Dalam bas tu, layan tido je la...
Sebaik mata terbuka, bas yg kami naiki sudah pun melepasi Tol Sg Besi. Risau juga dibuatnya sebab dah lebih setahun tak ke KL, dan tak tahu macamana keadaan Terminal Bas yg baru ni. Kalau dulu, sampai2 di Pudu, kami akan terus menuju ke kedai makan yg paling hujung. Kakak kedai tu pun dah kenal kami. Jadi, tak lah bengang sangat nak lepak kat situ sementara tunggu check in ke Hotel Pudu pada 7pagi. Harap2 kat TBS ni ada la tempat menunggu yg selesa.
Turun saja dari bas, macam tak percaya pulak ada tempat macam ni kat Malaysia. Bukan takat selesa je, sangat selesa. 3 jam terasa cepat je berlalu. Kalau macam ni, memang tak akan rindukan puduraya lagi. Staff2 kat sini pun peramah dan sentiasa sedia membantu serta berinformasi. Takde la jawapan “saya tak tahulah, pergi tanya pemandu bas” (cerita benar ok, aku terkena kat Bus Stand Larkin, negeriku yg tercinta).
Tunjuk arah di sini pun sangat jelas. Jadi, tak la kami terpusing2 mencari arah ke Stesen LRT untuk ke KL. Kalau tak nak naik LRT, Teksi & Bas pun ada. Kalau tak tau nak cari, tanya je kat staff2 yg ada di mana2 tu. Sure diaorg akan tolong punya.
Nak beli tiket bas pun senang, Tak yah nak pening2 kepala layan ulat2 tiket atau pusing2 cari kaunter syarikat bas. Pergi je mana2 kaunter dan pilih bas, waktu & tempat duduk yg kita suka tapi ikut ketersediaan jugalah yer. Semua tiket perjalanan diselaraskan secara online. Jadi kalau bas pilihan kita takde kosong, kita boleh pilih bas lain kat kaunter yg sama, tak yah nak cari kaunter lain dah. Macam beli tiket wayang…hehe..
Bab makan, kami tak cerewet so tak banyak masalah. Pilihan makanan agak terhad sebab belum banyak kedai makanan yg dibuka. Ada satu kedai mamak, Kenny Rogers, KFC dan Food Court. So, kami pilih makan kat food court. Kat sini guna Prepaid Card System, yg boleh dibeli kat kaunter sebelum masuk. Kami pun tak faham macamana procedure dia, so kami hulur je duit kat org2 yg jual makanan tu. Diaorg pun amek je…
Waktu nak naik bas balik tu agak kelakar juga. Sebelum turun ke ruang menunggu, seorang pak guard memeriksa kami dgn lah sangat telitinya. Macam nak naik flight pergi luar negara pulak. Nasib baik dia tak mintak MyCard. Huhu...
Turun je escalator, jadi bingung sat sebab banyak sangat pintu menunggu, tak tau nak gi kat mana satu. Nasib la staff TBS kat situ cepat2 datang membantu. Lepas scan tiket, kami duduk di ruang menunggu yg agak selesa (kalau ada sofa empuk baru boleh kata amat selesa) sambil memerhati staff2 yg sedang bertugas. Sangat2 impressive.
Harap2 keadaan yang baik ini akan berterusan dan ‘merebak’ ke seluruh kompleks pengangkutan yang ada di Negara ini. Mungkin nampak kecil, tapi ini adalah satu permulaan yang baik buat generasi baru yang pastinya akan mewarisi sebuah Negara yang gemilang. Amin…
**Macamna la keadaan TBS tu sekarang ye? Nanti lepas raya, kami nak gi buat 'lawatan susulan'. Hehe… Harap2 boleh jumpa kekawan di KL nanti yer…
Kalau ada sesapa yg berminat nak tahu lebih lanjut pasal TBS ni, bolehla gi laman web mereka di www.tbsbts.com.my
No comments:
Post a Comment