Sunday, July 17, 2011

KUANTAN (29~31 May 2011)

Hari 1.

'Tersesat' sampai ke Muar. Dalam perjalanan ke Labis 'terjumpa' Bukit Kepong. Sempatlah singgah sekejap di tapak bekas balai polis Bukit Kepong yang telah diserang & dibakar oleh komunis. Peristiwa berdarah ini telah menaikkan semangat rakyat Malaya untuk terus berjuang menamatkan keganasan komunis. Syukur hari ini kita dapat hidup dengan aman dan gembira di bumi bertuah ini...
Setelah +-5 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bukit Gambang Resort. Lepas check in dan rehat sekejap, kami terus ke Taman Tema Air. Oleh sebab cuaca sangat panas, kami naik tren je dari hotel. (RM2/orang-pergi & balik). Kalau jalan kaki pun cuma 5 minit je kot?
Tak lama kat water park ni sebab tak minat sangat ngan permainan2 air ni. (yang sebenarnya, tak reti berenang..hehe..). Still, we had loads of fun terutamanya kat 'sungai & kolam ombak'.

Malam, kami makan kat tempat seafood yang popular tu..Tg Lumpur. Makanan dia memang sedap2 tapi layanan kureng sikit. Yelah, orang2 Johor kan dah terbiasa dengan layanan mesra2...;). Yang lagi tak best, laaaammma sangat nak tunggu makanan sampai. Sempat la habis air segelas. Rasa2nya tak datang lagi pun tak pe kot? :(
Hari 2.
Lepas sarapan kat cafe hotel, kami ke water park lagi. Bukan untuk mandi tapi amek gambo & membeli belah cenderahati. Banyak gak la 'penyu' yang dibawa balik...


Dah sampai Kuantan, tak sah rasanya kalau tak ke Teluk Chempedak kan? Sebelum tu, kami singgah dulu di Air Terjun Panching. Lama dah tak pergi air terjun. Terubatlah juga rindu walaupun tak berkesempatan nak duduk bawah air jatuh tu. Rupanya banyak air terjun yg cantik2 kat Kuantan ni yer. Ingatkan cuma ada Berkelah & Jerangkang je. Bertuahnya...
Teluk Chempedak.
Sebenarnya kami cuma nak singgah sekejap saja di sini & makan tengahari. Petang sikit, akan terus balik ke Johor. Tapi bila dah tengok birunya air laut, rasa rugi plak kalau tak mandi. Kalau dah mandi tu, sure hari nak gelap baru naik kan? So, jadilah 1 malam lagi di Kuantan.

Malam di TC...shopping lagi...Hari 3.
Sebelum pulang, sempat lagi meneroka pantai TC dari hujung ke hujung. Rupanya banyak cerita misteri yang terjadi di bangunan kosong sebelah Hyatt dan gua di hujung pantai. Nasib la cerita2 ni hanya kami dengar selepas balik Johor, so tak de la rasa apa2 sangat. Tapi kalau pergi lagi TC, mungkin aku tak akan gi la kat area tu kan...hhhmm...

3 hari di Kuantan, mengingatkan aku sedikit pada XPDC Pahang yang amat mencabar itu. Dua pengalaman yang berbeza tapi kedua2nya meninggalkan kenangan yang amat menyenangkan. Memang bestlah Kuantan...










No comments:

Post a Comment

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates