Sunday, July 17, 2011

KUANTAN (29~31 May 2011)

Hari 1.

'Tersesat' sampai ke Muar. Dalam perjalanan ke Labis 'terjumpa' Bukit Kepong. Sempatlah singgah sekejap di tapak bekas balai polis Bukit Kepong yang telah diserang & dibakar oleh komunis. Peristiwa berdarah ini telah menaikkan semangat rakyat Malaya untuk terus berjuang menamatkan keganasan komunis. Syukur hari ini kita dapat hidup dengan aman dan gembira di bumi bertuah ini...
Setelah +-5 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bukit Gambang Resort. Lepas check in dan rehat sekejap, kami terus ke Taman Tema Air. Oleh sebab cuaca sangat panas, kami naik tren je dari hotel. (RM2/orang-pergi & balik). Kalau jalan kaki pun cuma 5 minit je kot?
Tak lama kat water park ni sebab tak minat sangat ngan permainan2 air ni. (yang sebenarnya, tak reti berenang..hehe..). Still, we had loads of fun terutamanya kat 'sungai & kolam ombak'.

Malam, kami makan kat tempat seafood yang popular tu..Tg Lumpur. Makanan dia memang sedap2 tapi layanan kureng sikit. Yelah, orang2 Johor kan dah terbiasa dengan layanan mesra2...;). Yang lagi tak best, laaaammma sangat nak tunggu makanan sampai. Sempat la habis air segelas. Rasa2nya tak datang lagi pun tak pe kot? :(
Hari 2.
Lepas sarapan kat cafe hotel, kami ke water park lagi. Bukan untuk mandi tapi amek gambo & membeli belah cenderahati. Banyak gak la 'penyu' yang dibawa balik...


Dah sampai Kuantan, tak sah rasanya kalau tak ke Teluk Chempedak kan? Sebelum tu, kami singgah dulu di Air Terjun Panching. Lama dah tak pergi air terjun. Terubatlah juga rindu walaupun tak berkesempatan nak duduk bawah air jatuh tu. Rupanya banyak air terjun yg cantik2 kat Kuantan ni yer. Ingatkan cuma ada Berkelah & Jerangkang je. Bertuahnya...
Teluk Chempedak.
Sebenarnya kami cuma nak singgah sekejap saja di sini & makan tengahari. Petang sikit, akan terus balik ke Johor. Tapi bila dah tengok birunya air laut, rasa rugi plak kalau tak mandi. Kalau dah mandi tu, sure hari nak gelap baru naik kan? So, jadilah 1 malam lagi di Kuantan.

Malam di TC...shopping lagi...Hari 3.
Sebelum pulang, sempat lagi meneroka pantai TC dari hujung ke hujung. Rupanya banyak cerita misteri yang terjadi di bangunan kosong sebelah Hyatt dan gua di hujung pantai. Nasib la cerita2 ni hanya kami dengar selepas balik Johor, so tak de la rasa apa2 sangat. Tapi kalau pergi lagi TC, mungkin aku tak akan gi la kat area tu kan...hhhmm...

3 hari di Kuantan, mengingatkan aku sedikit pada XPDC Pahang yang amat mencabar itu. Dua pengalaman yang berbeza tapi kedua2nya meninggalkan kenangan yang amat menyenangkan. Memang bestlah Kuantan...










Sunday, July 3, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Sebenarnya ni cerita lama. Saja nak kongsi pengalaman masa kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang canggih manggih tu. Terlebih dahulu, tahniah kepada seleuruh warga TBS, dari orang yang memberi idea dan yang menrealisasikannya. Good job you guys.

Awal bulan Mac 2011 haritu aku & kawan2 ke KL dgn menaiki Bas Ekspress dari Pontian. Bertolak pukul 11.30 malam, maknanya kami akan sampai di KL kira2 pukul 3.30 pagi. Dalam bas tu, layan tido je la...

Sebaik mata terbuka, bas yg kami naiki sudah pun melepasi Tol Sg Besi. Risau juga dibuatnya sebab dah lebih setahun tak ke KL, dan tak tahu macamana keadaan Terminal Bas yg baru ni. Kalau dulu, sampai2 di Pudu, kami akan terus menuju ke kedai makan yg paling hujung. Kakak kedai tu pun dah kenal kami. Jadi, tak lah bengang sangat nak lepak kat situ sementara tunggu check in ke Hotel Pudu pada 7pagi. Harap2 kat TBS ni ada la tempat menunggu yg selesa.

Turun saja dari bas, macam tak percaya pulak ada tempat macam ni kat Malaysia. Bukan takat selesa je, sangat selesa. 3 jam terasa cepat je berlalu. Kalau macam ni, memang tak akan rindukan puduraya lagi. Staff2 kat sini pun peramah dan sentiasa sedia membantu serta berinformasi. Takde la jawapan “saya tak tahulah, pergi tanya pemandu bas” (cerita benar ok, aku terkena kat Bus Stand Larkin, negeriku yg tercinta).

Tunjuk arah di sini pun sangat jelas. Jadi, tak la kami terpusing2 mencari arah ke Stesen LRT untuk ke KL. Kalau tak nak naik LRT, Teksi & Bas pun ada. Kalau tak tau nak cari, tanya je kat staff2 yg ada di mana2 tu. Sure diaorg akan tolong punya.

Nak beli tiket bas pun senang, Tak yah nak pening2 kepala layan ulat2 tiket atau pusing2 cari kaunter syarikat bas. Pergi je mana2 kaunter dan pilih bas, waktu & tempat duduk yg kita suka tapi ikut ketersediaan jugalah yer. Semua tiket perjalanan diselaraskan secara online. Jadi kalau bas pilihan kita takde kosong, kita boleh pilih bas lain kat kaunter yg sama, tak yah nak cari kaunter lain dah. Macam beli tiket wayang…hehe..


Bab makan, kami tak cerewet so tak banyak masalah. Pilihan makanan agak terhad sebab belum banyak kedai makanan yg dibuka. Ada satu kedai mamak, Kenny Rogers, KFC dan Food Court. So, kami pilih makan kat food court. Kat sini guna Prepaid Card System, yg boleh dibeli kat kaunter sebelum masuk. Kami pun tak faham macamana procedure dia, so kami hulur je duit kat org2 yg jual makanan tu. Diaorg pun amek je…

Waktu nak naik bas balik tu agak kelakar juga. Sebelum turun ke ruang menunggu, seorang pak guard memeriksa kami dgn lah sangat telitinya. Macam nak naik flight pergi luar negara pulak. Nasib baik dia tak mintak MyCard. Huhu...

Turun je escalator, jadi bingung sat sebab banyak sangat pintu menunggu, tak tau nak gi kat mana satu. Nasib la staff TBS kat situ cepat2 datang membantu. Lepas scan tiket, kami duduk di ruang menunggu yg agak selesa (kalau ada sofa empuk baru boleh kata amat selesa) sambil memerhati staff2 yg sedang bertugas. Sangat2 impressive.


Harap2 keadaan yang baik ini akan berterusan dan ‘merebak’ ke seluruh kompleks pengangkutan yang ada di Negara ini. Mungkin nampak kecil, tapi ini adalah satu permulaan yang baik buat generasi baru yang pastinya akan mewarisi sebuah Negara yang gemilang. Amin…

**Macamna la keadaan TBS tu sekarang ye? Nanti lepas raya, kami nak gi buat 'lawatan susulan'. Hehe… Harap2 boleh jumpa kekawan di KL nanti yer…

Kalau ada sesapa yg berminat nak tahu lebih lanjut pasal TBS ni, bolehla gi laman web mereka di www.tbsbts.com.my

Saturday, July 2, 2011

DRESSER-RAND (DR) TRIP TO SKYTREX

Sebelum aku click YES hari tu, aku sepatutnya aku pay more attention to the word “SKY”….. Bukannya apa, wa memang busy gile. So bila dapat e-mail invitation pun..wa dalam kepala kata, nantilah wa jawab. Cam biasa….wait & see. Dianya jadual perjalanan pun wa tak ambik port… Sampaikan AJK datang melobi suruh join. Kalau datang melobi tu kira response kurang lea tu…. :) …Aku pun ya..ya…aku click yes… Pada awalnya aku ingat aktiviti tu cam kem-kem motivasi yg kita gi dedulu tu…masuk lumpur lah..harung sungai lah…guling sana sini…………

Tiba masa dapat jadual aktiviti…. …kata orang tinggiiii…… aku tak ambil port sangat………..janji participate tu jea…..

Tiba hari dinanti….aku terima habuan hasil dari tak ambik tahu tu….. Walaupun dah banyak hutan masuk atau pergi….aktiviti memakai tali-tali ni aku tak pernah buat sebenarnya…apatah lagi flying fox…………… So mula-mula dibrief pasal cam mana nak guna kana & segala alat-alat ni…tengok cam kacang lah……So semua perserta pada tahap pertama tu dia beri lea cam test….cam obstacle rendah-rendah….Tetiba abis jea je sesi tu mai aiii dia suruh panjat tangga tinggi cam pokok kelapa da……

Wa memberi kan semangat lea pada kekawan naik ..tiba giliran wa…..wa rasa cam nak putus nyawa….nak sampai ke ata
s, wa dengar guide tu kata sikit lagi kak ..come on kak………..aku rasa cam nak suruh jea guide tu tarik jea aku ke atas…mak relaaa….wa nak tukar anak tangga pun rasa cam lidah wa leh cecah lutut………tapi wa maintain kan muka wa………..

Dah tiba atas lagi lea satu hal. flying
fox……..biar betul……wa tak nampak lak endingnya tali tu kat mana…..bak kata, tak nampak hujung….masuk celah-celah pokok……….Ini first time wa buat flying fox………ikut kaki aku memang ketar gile……..tapi malu lea weiii….mak-mak, pak-pak leh terbang dengan selamba ..tak kan aku nak turun balik…………so wa baca bismillah….wa pun “wooooooooooooooooohuuuuuuuuuuu………..”

Wa tak tengok bawah dah…….kalau tengok gayat beb!.
.. Dah separuh terbang baru lea wa nampak guide tu tunjuk kaki supaya bersedia untuk step pada platform….tapi wa dah cam blank….jantung dah cam nak terkeluar… wa rasa wa akan jadi “GEORGE WATCH UP FOR THAT TREE!!!!!!”………..
Then seterusnya aktiviti makin sukar dan makin sukar……..selama 2 jam kita orang tak jejak tanah………………….so they really mean it…skyyyyy……. Wa rasa keseluruhan aktiviti menyeronokkan..teringat wa masa kecik-kecik…panjat pokok jambu..pokok mangga…tak da pakai tali pun. Yg penting berani…take the risk and go…..…begitu gak dengan kehidupan kita…..berani mengambil risiko….. Begitu juga halangan-halangan sepanjang aktiviti skytrex….berbagai bentuk halangan yang berliku….cam tu ..cam ni…..begitu ..begini…..
Cuma yang perlu, kekuatan fizikal dan mental…………ada yang sesetengah exit kerana tiada kekuatan fizikal…ada yang exit kerana tak tahan mental……..ada yang complete kerana…ikut kawan …atau malu kat pompuan….ada yang kata alang-alang menyeluk pekasam…ada yang kata sikit jea lagi……..aku lakkkk... “apa lagi halangan yang ada di depan ?!”…..tetiba dah exit….

Begitu gak dengan life kita …kita nak semua halangan tu tamat….kita buat macam-macam untuk menamatkannya. Miskin?..sanggup pinjam wang..hutang sana sini. ….perhatian
?..pujian? tekanan? kesusahan?..........bila semua ini kita mahukan dan dapatkan....mahu tidak mahu kita akan memberi kesan kepada insan di sekeliling kita secara tidak sengaja…. Namun kita kekadang terlupa untuk bertanya adakah kita telah memberi usaha yang terbaik dari diri kita sendiri untuk menamatkan semua halangan itu????..

Walaupun aktiviti flying fox tu menakutkan….tapi bila dah menempuhi halangan yang sukar, aktiviti flying f
ox adalah yang dinantikan oleh perserta … nak cepat sampai lea katakan…. Ada lah sikit masa rehat...... Lebih kurang ada 4 flying fox yang ada….ada juga tempat yang tak leh buat flying fox , wa buat gak, last-last kaki wa sangkut pada tangga halangan……..

Eh! memang sukalah aktiviti-aktiviti
short cut ni…..hmmmm bukannya dalam real life kita pun, kita memang suka yang cepat-cepat ni…?………nak kaya cepat.?.naik pangkat cepat?..nak kahwin cepat?..nak anak cepat?..nak cepat sampai?....

Tapi satu jea wa rasa regret…..gambar-gambar thrill kat atas sana tak dapat wa ambil untuk tatapan…

So enjoy gambar aktiviti kita
orang………….

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates