Salam....
sepanjang tahun lepas, banyak juga buat plan untuk gi outing, piknik..tapi kebanyakannya tak menjadi. Tapi di bulan2 terakhir, ada pula plan2 spontan yang menjadi. Seperti yang baru ini la..kami (Ita actually) namakannya sebagai "Rombongan meminang Putera Sri Genting" (aku takkan komen panjang pasal tajuk trip ni. Lain kali mungkin)..
Perjalanan kami walaupun tidak berapa mencabar tetapi sepertinya banyak halangan. Perancangan asal untuk bertolak awal2 pagi hampir terpaksa ditunda ke tengahari. Nasib baik la ada Ita yang memang selalu pantas dan cekap. Kami sampai juga ke genting sebelum tengahari. Dan yang paling best, tak perlu naik gondola yang menggayat hati itu..
Yang tak bestnya pulak, orang ramai sangat... nak main pun terpaksa beratur panjang. Apa2 pun kami tetap enjoy and had so much fun.
Sepertimana perjalanan pergi, perjalanan balik pun ada cabarannya. Pertama, buat aku sendiri, sebab Ita nak sangat naik Genting Skyway jadi selepas undian dibuat, majoriti setuju (aku memang tak setuju huhu..). aku ingat nak tipu dia, bawak gi naik Awana Cable tapi tak sampai hati plak menghampakan permintaan dia. So, aku pun layan jer la... Dalam gondola tu Tuhan je lah yang tahu perasaan aku. Lagi la bila dengar dua orang tu menjerit bagai nak gila. Hampeh betul!!!..
Yang keduanya, bila sampai kat bawah..tiket bas pulak abis. Ada 6 tiket je sedangkan kami ada 8 orang. So, terpaksalah kami berpecah. Ani, Shila, Aidid & Ita naik bas dan grup aku plak naik teksi. Teksi? Prebet sapu daaa (proton saga buruk giler). Tapi pakcik tu memang cool. Selamba je dia tekan minyak, cilok sana sini. Sebelum kul 7 dah sampai KL. Masa ni Ani & Ita pun tak naik bas lagi (syiannn...)
Kesimpulannya, walaupun banyak 'dugaan' outing kali ni aku rasa cukup perfect coz dapat spent & share happy times with my good, good friends. Aku harap akan ada lagi kesempatan begini dengan korang semua. Sayang korang... :)
p/s* gambo aku akan upload kat facebook. tengok kat sana je yer..
Tuesday, January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ha..ha...Rombongan Meminang Sri Genting...cayok lah...Best no..main game cam tu..pengalaman aku naik cable car di Langkawai dulupun diketawakan isteri mau tak nya rasa dah macam hilang t**** ha..ha..ha.. dah sampai bawah nasib baik ada.
ReplyDelete