Tuesday, January 5, 2010

Pagi yang tenang, aku bersama tongkat 'Raja Kayu' dari Gunung Jerai, mengimbau satu perjalanan persahabatan. Gunung Jerai merupakan Gunung Tertinggi di Negeri Kedah dan merupakan adik beradik satu negeri dengan UUM. Gunung ini bolehlah kita anggap macam tempat pertemuan YON sekiranya cuti semester kita tidak diisi dengan XPDC. Aku rasa lebih 3 kali kita mendakinya bersama sepanjang kita bermaustautin di UUM dulu.

Dari segi treknya yang biasa, tidak seperti gunung-gunung lain yang terdapat di Malaysia ini, tidaklah nampak sangat keistimewaannya. Sebenarnya kehebatan Gunung Jerai bukan pada treknya itu, tetapi dari segi sejarahnya, spiritual dan santainya. Jalan pendakian ke puncak boleh melaui beberapa trek... pertama : melalui jalan tar (halal), kedua : melaui Titi Hayun (Tangga Kenari), ketiga : Melalui Yan dan Keempat : Melalui Merbok.

Trek melalui merbok dikatakan trek yang paling mencabar kerana jaraknya dengan Puncak Gunung Jerai adalah yang paling jauh dan sukar. Dengan YON kita tidak pernah melalui trek Merbok...tetapi melalui jalan lain kita dah berulang-ulang kali melaluinya.

Jika kita melalui trek tar (pertama) dan memotong perjalanan mengikut denai hutan, kita akan bertemu satu kawasan yang cantik dan menarik pemandangannya. Dengan lumut memenuhi tanahnya serta pokok-pokok renek yang ada akan menjadikan kita amat damai dan tenang. Sebenarnya kawasan itu mempunyai mitos dan rahsianya yang tersendiri. Dikatakan di situ adanya batu permata yang bernilai, tetapi untuk orang tertentu sahaja yang akan memperolehinya. Situ juga merupakan kawasan pilihan untuk ahli-ahli pertapaan menguji ilmu yang mereka pelajari.

Jika kita melalui tangga kenari..ada satu kawasan yang merupakan kawasan merah (danger) iaitu kawasan sarang Tedung Sela. Itupun kita tak tahu. Trek melalui Yan biasa sahaja, namun ia boleh sampai ke Puncak Gunung Jerai iaitu di Resort melalui jalan belakang. Di situ dikatakan ada kawasan batu kapal... juga merupakan kawasan keras. Di sini kita pernah bermalam..alhamdulillah tidak ada perkara diingini berlaku. Mengikut Metos di situlah kawasan Jin tendang...Puak-puak jin ada karaoeke kat situ.. Tapi kita dendangkan Yasin malam tu.Kita masih tak lupa.

Kini, DiPuncak Jerai banyak perubahan dah berlaku. Padang Tok Sheikh telah dinaiktaraf. Dijadikan kawasan sejarah negeri. Disitulah sebenarnya tempat berkumpulnya para alim ulama dalam membincangkan ilmu agama dan antara tempat pertama penyebaran Islam di negeri Kedah. Tanah perkuburan di situ sengaja tidak didedahkan kepada awam untuk mengelak daripada dipuja oleh golongan makhluk bodoh yang tidak bertanggungjawab.

Di Taman Rimba, tempat biasa kita melepak dan berkhemah juga tempat kumpulnya kaum kerabat Langsuir (sejenis makhluk Allah di alam ghaib) itupun alhamdulillah , sepanjang kita ada di Gunung Jerai perkara-perkara begitu tak menjengah kita.

Gunung Jerai merupakan XPDC terakhir yang kita lalui pada semester terakhir di UUM. Waktu tu aku masih dalam percubaan belajar berjalan akibat kemalangan. Aku seorang saja yang mendaki pada ari itu dengan motosikal Bote, dengan menggalas beg yang penuh berisi ayam untuk dibakar pada malamnya. Aku sebenarnya terjatuh motor semasa dalam perjalanan mendaki ketika itu. Tetapi kerana semangat nak bersama kawan-kawan, aku gagahkan diri untuk bangun dan teruskan perjalanan sampai ke Taman Rimba. Alhamdulillah semua selamat.

Secara kesimpulanya Gunung Jerai dengan YON sebenarnya berkongsi kekuatan, semangat, sejarah dan kerohanian sehingga aroma hutannya sentiasa aku terbau begitu juga dengan bau kalian...aromanya sentiasa aku terbau...

2 comments:

  1. Ni aku tahu man (abah)nyer catatan.Thanks man!
    Buat Kengkawan lain, silalah buat catatan untuk blog kita ni. Kalau nak upload gambar sekali kat new post tu ada alat2 dia yg boleh kita masukkan gambar atau apa2 jelah. dan yang penting sekali bubuhlah nama betoi @ nama samaran@ nama pena,nama glamer, nama timangan korang bila dh abeh buat post tu k. sbb nnt bila publish post yg korg buat tu, tak tahu plak si polan yg buat post tu.apapun HIDUP YON!!!

    ReplyDelete
  2. wooouuu... kalu punya tajam pemandangan sampai tulisan aku pun kau kau boleh tau sabz...hebat...
    aku terlupa da boh nama..sedaq-sedaq dah publish...

    ReplyDelete

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates