Monday, March 10, 2014

PIALA TA 45 CUP ENDURO CHALLENGE


Lama tak hantar posting ke Cik BY. Cik BY pun sama gak, senyap jea…

Cik BY kali ni aku gi tengok motorcross event. Mesti kau orang tertanya apa kaitan aku and motorcross. Untuk pengetahuan group…. aku and adik aku Man and sorang share partner baru, Ally dah buka kedai motorcross dekat Sri Rampai, KL.  Kedai tu nama “APC GARAGE Parts & Accessories”.  Nanti aku story lain and bagi gambar semua macamana semua bermula.


Back to story tadi, adik aku buka booth kat event motorcross tu, since dah event tu dekat Pahang tak da sebab aku tak gi melawat and bagi moral support….. and bawak Gulai tempoyak Ikan patin sekali.


Event tu diadakan dekat Taman Tasik Burung Mandi, Kemahang, Lipis. Waktu sampai tu punyalah jauh masuk ke dalam. Nak tahu jalan kau ikut tu betul atau tidak tengok pada habuk yang melekat ditepi-tepi jalan maknanya betullah jalan kau tu.
Deruman motocross memang hingar bingar lah. Event tu 2 hari, sabtu dan ahad. Tapi hari Jumaat orang dah berkampung kat sana. Siap bawak anak bini lagi berkhemah….dengan Hilux, Triton….Memang best bila satu keluarga datang beri sokongan …mungkin anak and ayah masuk race kot…Hari Ahad tu penyampaian hadiah semua oleh Tengku Mahkota, tak sangka Tengku main motorcross….Aku tengok gambar kat backdrop….Hari sabtu tu kira lumba saringan. Aku story berdasarkan apa info yang aku dapat kalau tak betul tu maaflah ya. Dengar kata ada 2 orang pompuan masuk race and campur dengan lelaki…wow!..Aku tak nampak pun.. sebab cam mana nak bezakan bila dah pakai suit and helmet penuh. Tapi bagus gak bila orang tak dapat bezakan..tak da lah pulak jadi gentlemen  bagi laluan …ladies first….:)…

Aku tak tengok semua race sebab aku gi pun hari sabtu jea. Sempat tengok 2 race jea, sebab anak aku yg pompuan tu dah nangis-nangis sebab panas, habuk lagi..kena lak panjat bukit ….spoil..spoil..Yang adik dia excited sangat dengan motor..kalau boleh nak duduk atas trek…dok mengekor dia lah takut gak kot motor terbabas…bagi dia puas tengok. Ni kita orang tengah berangan nak dapatkan motrcross yang kecil tu satu and satu yang besar sikit untuk aku he..he..he…


Memang syok lah Cik BY tengok race tu, nak pulak waktu start race..maca-macam ragam motor tak hidup, acciedent…aku sempat lah merakam video…anak aku dok menonton tiap malam..suka sangat depa tengok……Kalau lah aku ada digital camera memang syok ambil gambar dekat….boleh rasa cam na perasaan dia orang race..adrenalin kata orang…kalau hujan aku tak tahu lah camna rupa dia orang tu jadi terra cota wariorr lah jawabnya.




Ok lah Cik BY aku chow dulu…
P/s Cik BY  aku nak panjat Gunung bulan March ni ….dah 13 tahun rasanya tak panjat gunung and best thing aku bawak anak aku yang lelaki tu for the first time…. see how the result in next posting….:)…And sessi training aku ialah memanjat tebing Sungai Pahang.

Nota Cik BY : maaf ye Ita, lambat publish entry ni. Rasa2nya nak kena tukar komputer dan line internet baru ni. hahaha...tapi kena tunggu Cik BY balik dari Korea la.. Ha, sal Korea ni, nanti bulan April kita cerita...

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates