Sunday, July 22, 2012

GO-KART – SUNWAY LAGOON- MINI GRAND PRIX

Pada bulan lepas, Sports & Social Club office aku anjurkan Mini Grand Prix Go-Kart dekat Sunway Lagoon. Posting keluar lambat sebab makcik kemalasan…dok mengadap buku ada 2 lagi tak berbaca….
Sebelum tu nak ucapkan tanhiah pada Sabz & Seni yang baru menimang cahayamata baru lelaki…. Tahniah…!!!! Moga panjang umur dan murah rezeki…..aku belum sempat nak melawat lagi…
Pada mulanya aku tak dapat nak join kerana nak attend kenduri kat Kuantan. Cadangnya nak bercuti sekalilah. Kecewa gak tak dapat join aktiviti tu. Entah macam mana kalau dah hati nak pergi tu kan mesti jadi gak. Nak dijadikan cerita hotel di Kuantan fully booked. Entah apa acara ada kat sana pun tak tahu.
So aku join gak aktiviti Go-Kart tu memandangkan ada tempat kosong kerana ada perserta yang menarik diri last minute. Biasalah aktiviti pagi …makan dulu…pekena nasi Dagang dengan kakak aku kat Pantai Dalam..

Package MINI GRAND PRIX PACKAGE yang kitaorang ambil berharga RM60 seorang, min 15 orang. Yang aku merasa main ialah masa training dengan race yang memula tu jea lah. Kira sapa yang dapat ke final yang dapat main lama. Kesemua sekali race ni memakan masa dalam 2 jam  gitu.
Memang best gile ride benda tu….bila time corner paling best…so kepada sesapa yang takleh memandu laju kat jalan raya tu ..bimbang keselamatn nyawa orang lain, so datanglah ke sini….rempit lea gile-gile…
Tapi paling best Sir lah…baru dalam test lap dah pecut gile-gile…aku pun terkejut….tapi yg tak adilnya …team mixed…sure lea kalah…..

Ada yang paddle terpatah, tercabut…..brek tak makan…macam-macam kalau dah sakan bermain …
FYI, kakak aku menang……sorry guys!

Lepas tu kitaorang pergi belasah buffet kat ATRIUM CAFÉ PYRAMID TOWER. Berharga RM60 seorang. Kira makanlah sampai lebam.

Balik rumah tengok muka Syiqah& Daniel monyok. Mama dah serba-salah. Tadi Mama sakan seronok main go-kart. Dah janji dengan depa nak mandi swimming pool. Daniel dah siap dengan snorkeling set hijau dia. Yang Syiqah dah hilang batang hidung, kembang-kempis kata mama tipu. Camna ni hotel tak dapat. Bincang punye bincang hari dah pukul 3 petang, nak check-in mana-mana pun rasa rugi. Last-last pack baju, mana-mana hotel yang jumpa tepi jalan ada swimming pool situ lea kita berhenti. Dalam kepala aku Selesa Hill Homes dekat Bukit Tinggi jealah yang terdekat. Aku tak pernah pergi situ, yang aku tahu lalu jea. Kalau tak dapat kat situ semua dah agreed untuk patah balik KL dan gi kolam DBKL dan makan-makan. Semua setuju janji dapat berenang.
Kalau takat bebudak ni Kolam DBKL pun jadi. Tapi maknya yang sebenarnya lelebih….Nak bawak gi sungai kang malas benar rasanya,,…nak mandi sungai kat KL ni…hmmmm..dulu mandi sungai, ada ka kulit ayam lalu….nasib kulit ayam….kalau yang tu…tuiiii!

PLEASE.. TOLONG LEA JAGA KEBERSIHAN SUNGAI….!

Sampai sana lebih kurang dalam 5.30 petang, kebetulan memang ada kosong. So disebabkan tempat tu bukan tempat percutian, lebih kepada tempat seminar dan kursus, memang tak da orang lah yang bother nak memenuhi swimming pool. So sakanlah anak-anak aku….dan aku sekali… 

Petang tu kakak aku datang..join sekali untuk bermalam di sana…happening!….Apalagi malam tu open table lah… acara makan-makan nak berlangsung…bila mencuba tempat baru ni yang bestnya dianye surprise...dapat makan bersila bawah bangsal…!.siap ada pagar lagi, so sapa yang ada anak-anak tak risaulah anak merayap ke apa…boleh makan dengan senang hati….Makanan dia pun sedap dan dengan harga yang berpatutan…..


Aku stop lea cerita dulu…ada aktiviti lagi nanti aku post….

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates