060412 Pekan Nenas --> Changi --> Bandung
Changi International Airport, Singapore
~di Changi Airport~ |
Lebih kurang 8.30 pagi, Ida dah
sampai untuk ambil kami. Sebaik habis saja sarapan, Uncle yang akan bawa kami
ke airport tu pun sampai. Kami terus ke rumah A'ai dan tinggalkan kereta Su kat
rumah dia. Rupanya haritu S'pore cuti (Good Friday) jadi keadaan kat Woodlands
checkpoint & jalan sepanjang ke airport agak lengang. Kira-kira pukul 10.30
kami dah sampai. Sementara tunngu check in, kami pusing2 la kat airport tu.
Masa lunch kat KFC, Mak sedara A'ai yang memang tinggal kat S'pore tu sampai.
Kami pun borak2 la. Meriah betul..macam dah kenal lama dah. Masa nak masuk ke
ruang berlepas, siap lambai2..rasa macam nak pegi Mekah la pulak..
Sebenarnya ni 1st time kitaorang
(terbang) ke luar negara. Masing2 sangat teruja. Sikit2 nak snap gambo. Jadi,
banyak juga peristiwa lucu yang berlaku. Agaknya orang2 sekeliling yang nampak
adegan2 tu mesti kata kitaorang ni jakun sangat. Tapi biasanya respons kami
cuma ketawa berdekah2 je lah..
Masa beratur nak chop passport
misalnya. Kitaorg dah siap2 posing, tunggu Sue klik je button kamera tu. Tetiba
sorang staff ni dtg sound Sue, "no pictures here". Rupanya kat sblh
kitaorg ada signboard besar kata takleh gambo, tapi excited punye pasal
kitaorng tak perasan langsung. hahaha..kan dah kena. lepas tu klu nak bergambar
je, mesti tgk dulu ada apa2 signboard ke tak. :0
Kat boarding gate masa security
check pun kecoh gak.Tapi tu sebab pakcik yang check tu asyik buat kelakar je.
Secara peribadinya, ini pertama kali
aku naik kapal terbang. Macam yang korang tahu, aku ni gayat. Jadi aku selalu
ngeri kalau fikirkan ni. Tapi setelah melaluinya, tak la seteruk yang aku
sangkakan. Cuma, aku mabuk sikit masa dah kat atas tu. So, bantai tido je lah..
Hussein Sasteranegara International
Airport, Bandung
Kami mendarat di Bandung kira2 pukul
3.30 waktu Indonesia Barat. Seronoknya dah sampai...snap lagii :)
Lama lah juga beratur nak clear
imegresen tu sbb cuma ada 2 kaunter je. Agak2 sejam ada kot? Tapi bila kami
keluar, tak nampak langsung bayang Pak Supir. Bengang jugak. Call sekali, hotel
kata “on the way”. Call 2x, dia tanya plak “dah sampai ke?” wahh..ni yang nak
marah ni. Lepas lebih ½ jam, baru la kami boleh tarik nafas lega bila pak supir
angkat beg2 masuk ke dalam van dan kami bergerak ke hotel.
Jalan Cihampelas
Lepas check-in kami terus bersiap2
nak ke Jln Cihampelas sbb pak supir yg lagi satu tu dah lama tunggu. Pak
Selamat namanya. Dan Alhamdulillah, sepanjang perjalanan di sana kami selamat
selalu...hehe..
Kat Jln Cihampelas ni org kata femes
dgn jeans ori yg murah2. Tapi Pak Selamat kata jeans tu tak ori &
kualitinye pun biasa2 aje. Nasib baik la aku bawak jeans lebih sebab kononnya
nak beli satu kat sini. Tapi bila Pak Selamat dah cakap macam tu, tak jadilah.
Last2 kitaorg borong T’Shirt je. Kualiti kain agak ok dan harga pun murah2
juga. Yang tak tahannya, bila diserang dengan penjaja2 yg jual souvenier tu.
Very persistent. Cakaplah tak nak banyak kali manapun, diaorg tetap akan ikut
juga. Pening dibuatnya. Lepas tu, kalau kita dah beli kat sorang, yang lain2
pun datang juga jual benda yang sama. Arrghh.... Lagi sakit hati bila kita dah
beli dengan harga IDR100,000 misalnya, dia boleh lak pujuk kawan kita beli
dengan harga IDR 50,000..”itu, kawan kakak beli mahal boleh. Ni saya jual murah
je kat kakak”. Eeeii...rasa nak lempang laju2 aje. Tapi kalau kita dah terbeli
dulu tu, ihklaskan jelah. Rezeki diaorg... :) Dan kalau rasa2 tak nak beli
tu...jalan je terus tak yah layan.
(takde gambar sebab excited sangat bershopping)
Restoran Nasi Padang Sederhana
Ni tempat kami makan malam. Dia akan
hidangkan macam2 lauk & kita bayar lauk yang kita makan je. Je-je pun, ada
la dlm RM11 seorang sebab total untuk 7 orang tu dalam IDR 230,000. Mahal gak
tu. Tapi puashati jugakla sebab enak sihh lauknya...
Orange Home’s Hotel
Balik ke hotel, baru la
berkesempatan nak tengok keadaan bilik. Okay jugak la untuk bajet hotel. Bilik
kami family room jadi ada 2 bilik tidur (1 bilik 3 orang), 3 bilik air, ruang
rehat & pantry. Iron pun disediakan. Cukup selesalah untuk kami yang keluar
pagi & balik malam ni. Dan biasanya balik tu, lepas mandi, tengok tv sat
then terus zzzzz...selamat malam...
~akhir bahagian pertama~