Monday, November 29, 2010

"If you were in my shoes"

Kenapa tak kahwin2 lagi ni? Takkan la takde calon? Alamak, soalan yang paling malas aku nak jawab.
Kalau korang berada di tempat aku, apa yang akan korang kata? If you were in my shoes...bak kata pepatah omputih.
My shoes......

1.Selipar Jepun
Favourite aku sejak dari dulukala lagi. Rasa2nya dah lebih 10 pasang selipar jepun aku. Mudah dan sempoi.
Bak kata makku, 'cool'... Kekurangannya, tak leh nak pakai kat banyak tempat. Kalau pakai juga, boleh dianggap biadap atau dihalau keluar terus. Not cool.

2. Sports shoe
Pilihan untuk dipakai ke tempat kerja. Akan tukar 1 @ 2 kali setahun, bergantung pada ketahanan kasut. Pernah cuba pakai kasut kulit tapi macam tak sesuailah. Tak pilih jenama, janji cantik dan selesa. Pernah juga dipakai untuk bersukan, tapi itu hanya sejarah.

3. Kasut tumit tinggi
Sejak mula bekerja, hanya ada 2 pasang sahaja. Itupun pakai masa gi Company Annual Dinner dan hari raya. Pernah cuba pakai waktu jalan2. MENYESAL!!!!
Jadi, aku cuba wedges pulak. Not bad...

4. Sandal
...baru beli kat Giant. Satu percubaan utk keluar dari kebiasaan.

Sesekali cubalah sarung selipar jepun aku dan rasa betapa bebasnya aku berjalan dan berlari. Rasa pula selesa kasut sukan aku ketika menapak dari bangunan ke bangunan & memanjat anak2 tangga untuk menyelesaikan tugas seharian.
Dan, cubalah fahami kesulitan aku ketika perlahan melangkah dalam kasut tumit tinggi atau kasut kulit sambil cuba control ayu sedang sebenarnya aku dalam kesakitan.

Kerana itulah, aku dan korang juga pastinya, memilih kasut mengikut keperluan, keselesaan & kemampuan kita.
Tak susah kan, memahami situasi aku?

Jadi buat masa ini, biarkanlah aku dengan selipar jepunku... :)

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates