Saturday, October 30, 2010

HALF DAY TRIP TO AKPK



Hmmmm………adventure ke pergi sana…?....Perlu ke pergi..?

Penilaian samada adventure atau tidak? ….perlu atau tidak..?…terserah pada persepsi individu. Pada aku, sekali pergi, aku akan pergi for the second time…

Aku bagi satu scenario, bayangkan hidup kau dikelilingi hutang sekeliling pinggang..pusing belakang hutang… pusing depan hutang… kiri kanan hutang……itu situasi aku beberapa tahun dulu…Sekarang hutang ada, hanya jika aku pandang ke depan…kalau pejam terus tak wujud hutang tu…aku dah start boleh tidur…mengikat nafsu membeli beberapa tahun untuk berada di situasi sekarang ini…

Untuk aku terus bermotivasi menyelesaikan hutang…aku selalu cakap pada diri aku hutang-hutang itu adalah challenge atau halangan yang aku kena tempuhi untuk menguatkan aku dalam dunia financial management ..learn the hard way kata orang ……dan aku juga menganggap itu adalah “pengalaman paling adventure” dalam hidup aku selain dari “alam perkahwinan” kwang..kwang..kwang………. Mana tak nya…. sapa nak bantu beb!…pandai buat pandai lea selesaikan….……

Tapi tu lah…setelah aku dah berada dalam situasi yang selesa barulah aku tahu perkhidmatan yang AKPK tawarkan….especially on Debt Management….kalau tak sure duit simpanan aku dah melambak. Tu lah aku nasihatkan kepada sapa-sapa yang ada masalah kewangan jangan malu-malu atau memberi seribu alasan untuk tidak ke AKPK. Kalau anda merasakan masalah anda paling teruk, bila anda berada di sana, ada insan yang berada dalam keadaan yang lebih teruk dari anda…tak ke kita rasa a bit relief…..percaya lah….

Panjang lebar cerita aku tapi cerita sebenar tak masuk lagi. Ceritanye begini…..aku dah tahu pasal AKPK ni dah lama…..namun begitu tak da sebab untuk aku ke sana. Satu hari teman sepejabat aku memberitahu dia sudah mendaftar diri untuk mendengar taklimat Debt Management. Aku dengan tak malunye nak ikut…(transport free meh..!...fianancial management gak tu…)..acah jea…sebenarnya pergi dengan kekawan ni, kita jadi semangat sikit nak gi…

Aku ingatkan ada pegawai yang akan bagi talk …tetiba seorang petugas beruniform security guard memberi salam dan memberi kata-kata aluan…..aku dah tercengang…muka kita orang dah berpandangan seolah menghantar sms secara wave.. cam alien…..biar betul pak guard yang bagi briefing…ooooo…rupanye dia tukang on kan video jea….cis!…tapi cara dia intro tu cukup pro cam nak beri ceramah terus..…

Kami pun menonton video presentation selama 20 -30 minit…lepas tu baru lah pegawai bertugas masuk menjawab semua FAQ….pandai gak AKPK ni….jimat tenaga kerja ma…benda yang sama berulang-ulang..baik buat video kan....

Penceramah menjawab memang tepat dengan penyelesaian tapi dari riak muka dia tu cam masalah kita orang ni cam kacang jea….selamba jea….padahal yang hadir cam separuh nak mati dengan hutang….agaknye depa dah biasa dengan masalah hutang yang kronik.

Disebabkan aku mendaftar untuk sessi bahasa inggeris …pada aku satu kelebihan ,….bukan aku terror BI …kelebihan yang aku maksudkan …cam na nak cakap ek…?....in summary ..: kerja membuat hutang tu tidak mengenal kulit, bangsa atau agama..”…kau orang paham lah kot…he..he..he…

Pada aku kalau dah ada 5-7 credit card tu dah kira cukup bagus lah untuk anda berada dalam masalah…..bile sampai di sana anda akan terdengarlah jumlah credit card yang dimiliki individu yang boleh membuatkan kau pengsan…..Kalau dalam kelas aku tu dia punye kes ada 13 credit card….peceramah tu rileks jea….dia cakap ada kes yang berpuluh..….can you believe that…….aku tak nak sebut lah bilangannye sebab tak masuk akal kewarasan aku…...

So sessi soal jawab kelas aku meriah dengan soalan…macam-macam soalan pelik-pelik………sambil tu riuh dengan gelak ketawa, mentertawakan diri masing-masing………..see… that great about going to AKPK....we can still “laugh”..….

So, sekiranya saya tiada masalah kewangan perlukah saya ke AKPK?...huh! siapa tu?..nak bagitau sikit….AKPK bukan sahaja menyediakan khidmat ‘debt management’ but also ‘Financial Management’….camna nak menyimpan untuk persaraan…FOC beb! FOC…sapa nak bagi service percuma beb!

So aku salute dengan depa……

Kalau kau org nak tahu lebih details sila lea ke:


www.akpk.org.my atau call 1800-88-2575 untuk booked taklimat


“Kami memahami apa yang anda lalui ketika mengalami masalah kewangan. Dan jika anda mempunyai bebanan kredit yang tidak terurus, sesungguhnya anda tidak keseorangan”

Selesai jea menjalani sessi tu aku menjalani sesi teraphy individu sepanjang Jalan TAR dari Maju Junction ke stesen LRT Masjid Jamek…….caj teraphy FOC…...he..he..he.. :)

Thank you Cik BY………….satu pertanyaan untuk Cik BY………dah cuba-cuba kutip beras ke??

Aum Chak!!!

Quotes

Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba
~Laksamana Sunan
 

YouthofNature - YON | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates