Beberapa tahun sebelum ini, ada juga pihak yang cuba membangunkan Hutan Lipur yang kedua, yang kami panggil Gunung 2. Gn 2 terletak berhampiran Kem Kaizen yang selalu digunakan untuk Kursus Bina Negara dan perkhemahan motivasi. Hanya pada 30.5.10 yang lalu baru aku berpeluang untuk ke Gn 2. Di jalan masuk, kita akan nampak chalet2 yang terbengkalai pembinaannya. Dan di kawasan hutan lipur itu sendiri hanya ada sebuah warung, pondok2 rehat dan tandas awam sebagai fasiliti utamanya. Sungai? Sesuai untuk kanak2 bawah 12 tahun sahaja. hehe.. Walaupun begitu, sewaktu kami sampai kira2 11 pagi, hampir semua pondok sudah ada penghuni dan sebuah khemah sudah didirikan di tepi sungai.
Sungai di sini hanya sesuai untuk kanak2 mandi. Air tak sampai pun paras lutut..
BBQ dalam hujan...
Sebaik selesai mengangkat jagung yang terakhir, hujan turun dengan agak lebat juga. Kami makan dalam khemah. haha..masa ni teringatlah kenangan2 lama dulu.
Selepas 1 jam, dan perut pun dah kenyang, hujan pun berhenti juga dan kami bersedia untuk mendaki ke air terjun. Tak jauh pun, dalam 10~15 minit je. Dan sebab hujan tadi, air pun keruh je. Kecewa la jugak tapi tetap turun berendam (sebab tak tau berenang dan kolam pun tak sesuai tuk berenang). Nyamannya dapat merasa kesejukan air gunung, walaupun sangat jauh bezanya dengan Berkelah, apatah lagi Jerangkang. Tapi aku rasa inilah kali terakhir aku akan ke sini.
Sebenarnya kat atas tu ada satu lagi air terjun yang lebih tinggi dan kolam yang lebih dalam. Tapi disebabkan jalannya agak mencabar dan batu2 agak licin, kami mandi kat bawah je. Ok la tuh!...
Dalam perjalanan balik, kami berjumpa 2~3 kumpulan yang baru sampai. Dalam hati berkata, walaupun air terjun Gn Pulai ini cuma tak seberapa, tapi ramai juga yang sanggup datang. Ini saja cukup membuktikan yang sebenarnya masyarakat kita memang cintakan alam sekitar. Sanggup masuk hutan sedangkan mereka boleh merasakan nyaman hawa dingin di shopping complex atau hirup udara laut di Teluk Danga yang nyata jauh lebih selesa dari lecak di denai & lumut di batu2 hutan Gn Pulai ini.
Tapi kesedaran untuk menjaga kebersihan itu masih kurang kerana masih banyak sampah2 yang ditinggalkan begitu saja oleh pengunjung. Waktu pertama kali aku berkelah dengan kawan2 dulu, mereka agak terkejut bila tengok aku bawa balik sampah. Tapi sekarang kebanyakan dari mereka sudah mula faham walaupun ada juga yang buat2 tak faham. Terserah pada masing2 lah kan....