Gn Jerai...kat sini la warga YON berkumpul untuk kali terakhir di Kedah. Aktiviti yang paling best rasanya masa kita nyanyi lagu2 pengakap tu. Agak2 sapa yang simpan tape rakaman tu? Dan malam tu ada acara penyampaian anugerah paling popular YON, kan? Aku rasa aku dapat AJK Masakan paling popular kot, sebab aku lah yang paling tak pandai masak dalam warga YON ni...
Di akhir majlis tu, semua kena buat persembahan. Sedap2 kami nyanyi tapi kena boo juga. Tak support langsung. hehe...
Dan acara sukan yang paling popular, 'Bola Kapten' (ke Kapten Bola, aku pun dah lupa daa...) tapi yang uniknya kita tak guna bola tapi imiginasi yang sangat tinggi...
Faham kan, maksud aku? Aku pun tak tau mana bolanya tapi nampak diaorang ni bersungguh2 betul. Macam gaduh pun ada gak. hehe.. Walau camna pun, inilah dia team yg menang. Team yang kalah tak nak bergambar, sebab tak puashati. Ha...yang kat kaki Bote tu lah rupa sebenar bola yang direbutkan tu. Memang kreatif sangat...
Kenangan2 ini sudah lebih sepuluh tahun dan kebanyakannya hampir hilang dari ingatan. Tetapi korang semua tetap akan jadi sebahagian dari hidup kita. Walaupun ini adalah kali terakhir tapi mungkin suatu hari nanti kita akan mencipta kali pertama yang lain pula.
Salam sayang...YON.
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)